Pages

Friday, October 7, 2011

PERASMIAN HARI ANUGERAH CEMERLANG/HARI ANUGERAH KOKURIKULUM DAN PROGRAM MESRA JIRAN

Pada jam 8.30 pagi, 6 Oktober, saya merasmikan Hari Anugerah Cemerlang/Hari Anugerah Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Sri Aman, Bedong. Jam 3 petang, menghadiri Program Mesra Jiran di Kampung Singkir Genting. Lebih kurang 40 orang penduduk kampung di sini menghadiri program termasuk Pengerusi JKKKP Kampung Singkir Genting, En Md Desa dan Pengerusi JKKKP Kampung Singkir Darat, Tuan Hj Shuib Shawal. Selepas solat isha', saya menghadiri Program Mesra Jiran anjuran JASA di rumah En. Zaroni, Kampung Perigi.
BERJUMPA RAKYAT DAN MENGHADIRI PROGRAM MESRA JIRAN

Pada 5 Oktober (pagi), saya berada di Pusat Khidmat ADUN untuk bertemu 'pelanggan' dan melaksanakan tugas-tugas yang perlu dilaksanakan. Kemudian, berkunjung ke Pekan rabu, Guar Chempedak untuk beramah mesra dengan peniaga-peniaga serta pelanggan-pelanggan mereka di situ sambil makan laksa beras. Sebelah petang, menghadiri Program Mesra Jiran di Kampung Pauh. Kemudian ke rumah Pak Ku Yusuf Ku Saad yang akan berangkat ke tanah suci Mekah pada 7 Oktober nanti. Selepas isha', saya memghadiri Program Mesra Jiran di Surau Kampung Kepala Bukit.
BERJUMPA RAKYAT DI PUSAT KHIDMAT ADUN, MELAWAT KAWASAN DAN MENGHADIRI MAJLIS CERAMAH

Pada 4 Oktober (sebelah pagi), berada di Pusat Khidmat ADUN untuk berjumpa dengan beberapa ahli masyarakat yang memerlukan bantuan dan membereskan tugas-tugas yang lain. Pada sebelah petang, bermula jam tiga, saya bersama Pn Naemah mengunjungi rumah-rumah warga emas, orang sakit dan orang miskin di Kampung Singkir Laut, Kampung Jawa, Kampung Perigi, Titi Serong, Batu 22, Jalan Yan dan batu 18, Sungai Baru. Selepas isha' menghadiri majlis ceramah di Perkarangan Rumah Che' Saad Hamid, Kampung Raga. Ceramah di sampaikan oleh Dato' Wira Othman Abdul. Sebagai tuan rumah, saya memberi ucapan aluan di majlis tersebut.
MELAWAT MANGSA RIBUT, BERJUMPA GURU BESAR SJKC SUNGAI YAN DAN PROGRAM MESRA JIRAN

Pada sebelah pagi, 3 Oktober, saya bersama Pegawai JKM melawat 3 buah rumah mangsa ribut di Kampung Ruat. Kejadian ini berlaku pada lebih kurang jam 4 pagi. Rumah En rahim, anggota Bomba Yan agak teruk keadaannya, bumbung bahagian dapur habis tercabut diangkat puting beliung. Sebelah petangnya, saya sekali lagi melawat mereka bersama 2 orang kakitangan dari Pejabat Pembangunan Negeri Kuala Muda/Yan. Saya juga menghulurkan bantuan kepada 3 orang mangsa ribut ini.

Saya juga sempat pergi ke SJKC Sungai Yan untuk berjumpa dengan Guru Besar untuk berbincang tentang keperluan sekolah berkenaan.

Selepas isha' 3 Oktober, saya bersama Pegawai JASA, Pn Naemah Nordin menghadiri Program Mesra Jiran di rumah Pak Su Zan, Kampung Sungai Belida.

Sunday, October 2, 2011

JAMUAN HARI RAYA KEMAS YAN

Pada 29 September, saya menghadiri jamuan Hari Raya anjuran KEMAS Daerah Yan di Pusat Komuniti KEMAS, Guar Chempedak
BERTEMU RAKYAT, PENYAMPAIAN MEJA DAN KERUSI & JAMUAN HARI RAYA

Pada sebelah pagi, 28 September, saya berada di Pusat Khidmat ADUN di Yan untuk bertemu 'pelanggan'. Jam 1 tengahari ke Kolej Komuniti, Taman Gurun Jaya, Jabatan Perpaduan dan Kampung Singkir Laut untuk jamuan hari raya. Selepas itu, dalm jam 4 petang ke Sekolah Menengah Yan untuk menyampaikan meja (100 buah) kepada sekolah berkenaan. SMKY sangat memerlukan meja-meja berkenaan untuk digunakan bagi peperiksaan PMR, SPM dan STPM yang hampir bermula. Kemudiannya, ke Madrasah Kampung Acheh, Kampung Pauh dan Batu 20 untuk menyampaikan kerusi/meja. Pada malamnya menghadiri jamuan hari raya di Sungai Yan.
JAMUAN AIDILFITRI, PENGGAMBARAN PROGRAM 'SOLEHA' DAN MELAWAT KAWASAN

Pada tengahari 27 September, saya menghadiri Jamuan Aidilfitri YB. Dato' Seri Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Guar Chempedak. Kemudian, bersama crew TV Al-Hijrah ke Rumah Amal, Yan untuk penggambaran program 'Soleha'. Selepas itu, ke bangunan Bomba Sukarela Guar Chempedak untuk berjumpa Mr. Chik Kin Yuen bagi melihat tempat untuk di tar di sebelah bangunan berkenaan. Ia diikuti dengan lawatan ke Batu 18 untuk melihat masalah jalan rosak dan mendap bersama Tn Hj Ahmad, Pengerusi JKKKP.



JAMUAN AIDILFITRI DAN MENGHADIRI MAJLIS KEBERANGKATAN KDYMM TUANKU SULTAN KEDAH DAN TUANKU SULTANAH KE KUALA LUMPUR

Pada 25 September, menghadiri Jamuan Aidilfitri di Pejabat Daerah Yan. Kemudian, ke Lapangan Terbang Alor Setar untuk Majlis Keberangkatan KDYMM Tuanku Sultan Kedah dan Tuanku Sultanah ke Kuala Lumpur. Selepas itu, menghadiri jamuan hari raya di rumah Kak Faridah di Kampung Raga.

MAJLIS JAMUAN AIDILFITRI DAN CERAMAH POLITIK

Pada jam 9 malam 24 September, saya menghadiri Majlis Jamuan Aidilfitri anjuran Peti Undi Sungai Udang dan ceramah anjuran Biro Penerangan UMNO di Sungai Udang. Saya dijemput memberi ucapan sebelum ceramah politik oleh Ustaz Kamal Saidin. Selepas itu, saya beredar untuk menghadiri jamuan hari raya di Kampung Sungai Belida.
ULANGTAHUN KELAHIRAN

Hari ini, 23 September adalah ulangtahun Hari Lahir saya. Namun, disebabkan amanah dan tanggungjawab terhadap parti, saya terpaksa berada di Kuala Selangor untuk Program Perhimpunan ADUN-ADUN BN di sana. Jadi tak berpeluanglah bagi saya untuk 'celebrate'(meraikan) hari lahir saya kali ini. Takpa lah, yang penting berdoa kepada Allah SWT agar diberi kesihatan yang baik, dipanjangkan usia, di murahkan rezeki dan berkeupayaan untuk terus berkhidmat dan memberi sumbangan yang bermakna kepada agama, bangsa dan tanah air tercinta.