14/Feb/09- Pertandingan Bolasepak 8 Sebelah Piala YB Dato' Dr. Ku Abd Rahman Bin Ku Ismail Adun Guar Chempedak. Sebanyak 42 pasukan dari seluruh Parlimen Jerai telah menyertai pertandingan ini. turut memeriahkan acara En. Basorri Abu Hassan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jerai dan AJK, Puan KhalijahArshad Ketua Wanita UMNO Bahagian Jerai dan AJK serta AJK Bahagian Jerai. Johan pertandingan ini dimenangi oleh pasukan Dulang Besar "A" dan Naib Johan Dulang Besar "B" dan Pemain Terbaik En. Wan Lokman Hakim. Bagi pihak YB Dato ADUN Guar Chempedak, beliau merakamkan jutaan terima kasih kepada barisan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jerai serta Pemuda, Puteri dan UMNO Cawangan KEDA Sungai Udang dan Seluruh penduduk KEDA Sungai Udang yang telah menjayakan Pertandingan ini
YB Dato' Dr Ku Abd Rahman Bin Ku Ismail ADUN Kawasan Guar Chempedak (N21)
Saturday, February 14, 2009
Wednesday, February 11, 2009
BERSAMA NELAYAN KG. KEDA SG UDANG
Monday, February 9, 2009
PROGRAM LARIAN KEMANUSIAN PALESTINE
08/Feb/09- Bertempat diperkarangan Pusat Khidmat Wakil Rakyat ADUN Guar Chempedak
telah berlangsung Program Larian Kemanusian Palestine yang dianjurkan oleh YB Dato' Dr. Ku Abd Rahman Bin Ku Ismail ADUN Guar Chempedak dengan kerjasama Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jerai dan Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Yan



hampir seramai 500 peserta turut menyertai Larian Kemanusian Palestine. Bacaan Doa oleh Sdr. Rosfazley dari Biro Agama Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jerai
telah berlangsung Program Larian Kemanusian Palestine yang dianjurkan oleh YB Dato' Dr. Ku Abd Rahman Bin Ku Ismail ADUN Guar Chempedak dengan kerjasama Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jerai dan Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Yan
hampir seramai 500 peserta turut menyertai Larian Kemanusian Palestine. Bacaan Doa oleh Sdr. Rosfazley dari Biro Agama Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jerai
Sunday, February 8, 2009
PERASMIAN MESYUARAT AGUNG 4P KE6 DESA KEDA SUNGAI UDANG YAN DAN SUMBANGAN KEPADA PELAJAR CEMRALANG
08/Feb/09- Merasmikan Mesyuarat Agung 4P ke6 Desa KEDA Sg. Udang Yan serta memberi sumbangan kepada anak-anak Desa KEDA Sg. Udang yang mendapat keputusan cemerlang UPSR dan PMR. Pengerusi 4P Desa KEDA Sg. Udang Yan En. Othman Ayub memberitahu adik Nurul Nadia Bt. Kosen telah mencipta sejarah bagi Desa KEDA Sg. Udang kerana mendapat 5A UPSR dan difahamkan adik Nurul Nadia telah diterima masuk ke MRSM Langkawi. Selain dari adik Nurul Nadia, adik Nadila Nadia Bt. Abd Rapar mendapat 3A UPSR. bagi PMR adik Roshidi B. Mee, adik Nurul Hasnim Bt. Rusley dan adik Nurul Fazura Bt. Majid mendapat 3A. menurut en. Othman Ayub ini hasil daripada kelas-kelas tusyen yang telah dianjurkan dan di taja oleh pihak YB Dato' Dr Ku Abd Rahman B. Ku Ismail ADUN Guar Chempedak





Saturday, February 7, 2009
PERASMIAN PENUTUP MAJLIS HARI AIDS HARI TERBUKA PUSAT KHIDMAT (PROSTAR) PERINGKAT DAERAH YAN
Subscribe to:
Posts (Atom)


