Pages

Thursday, July 22, 2010

8 Julai 2010 - Saya sempat menziarahi jenazah kanak-kanak berumur 9 tahun yang meninggal dunia akibat mati lemas selepas jatuh sungai di rumahnya di Kampung Kepala Bukit lebih jam 1.00 tengahari. Kanak-kanak ini jatuh sungai sehari sebelumnya (6.00 petang pada 7/7/2010) setelah ia berhenti diatas titi untuk melihat orang memancing.

Sebelah petangnya saya mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa Karnival Sukan Rakyat di Dewan Masjid Yan. Sebelah malamnya saya bersolat di Masjid Kampung Keda Sg. Udang dan seterusnya menghadiri Forum Perdana 'Israk Mikraj' di masjid berkenaan.



Thursday, July 15, 2010

7 Julai 2010 - Sebagai Pengerusi Majlis Perundingan Koperasi negeri Kedah, saya juga menganggotai Majlis Perudingan Koperasi Kebangsaan (MPKK) bagi mewakili negeri Kedah. Majlis ini di pengerusikan oleh YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan. Mesyuarat Majlis Perundingan telah diadakan pada 7 Julain 2010 di Bangunan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di Kuala Lumpur. Antara pekara-pekara yang dibincangkan ialah penyediaan Dasar Koperasi Negara 2011-2020, penglibatan koperasi dalam Perkhidmatan Kesihatan dan Skim Perlindungan dan Perkhidmatan Sosial Angkasa.
6 Julai 2010 - Pihak TEKUN Parlimen Jerai telah mengundang saya untuk menyampaikan cek pinjaman TEKUN kepada 15 orang peserta. Dalam ucapan sebelum penyampaian cek saya telah menyentuh tentang keperluan untuk mengadakan akaun, wang keluar-masuk, menentukan simpanan dibuat dari keuntungan dan aliran tunai yang positif. Saya juga mengingatkan mereka kewajipan untuk membayar balik pinjaman kerana jika tidak ia akan menafikan hak pemohon-pemohon yang layak di masa hadapan.



3 Julai 2010 - Sebagai Pengerusi Majlis Perundingan Koperasi Negeri Kedah, saya telah diundang untuk merasmikan Karnival Koperasi dan Expo Produk Keluaran Koperasi negeri Kedah di Sg. Petani. Lebih dari 30 koperasi seluruh negeri Kedah telah turut serta dalam menjayakan karnival ini.



2 Julai 2010 - Pada hari ini, saya telah menghadiri Persidangan Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Jerai di Dewan Serbaguna Guar Chempedak. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Dato' Suhaimi, Setiausaha Politik kepada Menteri Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat
30 Jun 2010 - Pada hari ini saya menghadiri mesyuarat 'Focus Group' di Pejabat Pembangunan Negeri di Sg. Petani bagi berbincang dan membuat pemilihan mereka-mereka yang layak untuk mendapat bantuan rumah dari Kerajaan Persekutuan.

Wednesday, July 14, 2010

28 Jun 2010 - Sebagai Ahli Lembaga Pengarah, Lembaga Pertubuhan Peladang, saya juga dilantik ahli JK odit LPP. Mesyuarat JK odit yang dipengerusikan oleh Tan Sri Rashid (juga Pengerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan, NAFAS) kali ini diadakan di Semerak, Kelantan pada 29 Jun 2010. Kami juga membuat lawatan ke projek-projek Pertubuhan Peladang di sana seperti Pusat Jentera di Pertubuhan Peladang Negeri(PPN) di Kota Bharu dan projek tanaman ubi keledek secara ladang di Semerak.







Di sebelah malam pada 29 Jun, menghadiri jamuan makan malam (santapan) bersama KDYMM Tuanku Sultan Kedah dan Tuanku Sultanah di Kuala Lumpur.

27 Jun 2010 - Pada hari ini saya telah diundang oleh pihak KEMAS untuk merasmikan program 'Mesra Rakyat' di Kg. Teroi Bukit. Sambutan dari masyarakat kampung amat baik sekali. Makanan istimewa pada hari tersebut ialah pulut durian. Pada hari ini juga saya 'makan kenduri' di rumah Pn. Mashitah, Kg. Singkir Laut dan En. Ramli di Guar Jumaat.





Tuesday, July 13, 2010

26 Jun 2010 - Saya telah terlibat secara aktif dengan pertubuhan Alumni Kelab-Kelab UMNO luar negara sejak penubuhannya pada tahun 1999. Saya telah memegang jawatan AJK semenjak permulaannya (kecuali semasa berkhidmat di Taiwan sebagai De'facto Ambassador) sehinggalah pada 26 Jun yang lalu. Pengerusi pertubuhan ini ialah YB. Dato' Seri Mohd Noh Omar, Menteri Pertanian dan Asas Tani sejak penubuhanya sehinggalah Mesyuarat Agung pada 26 Jun yang lalu. Saya begitu berminat dengan pertubuhan ini kerana keahliannya terdiri dari anak-anak melayu yang mencakupi pelbagai bidang kerjaya dan profesyen dan mendapat pendidikan dan pendedahan dari universiti-unversiti dari seluruh pelusuk dunia; dari United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, Kanada, Jepun, Korea Selatan, Indonesia dan negara-negara Timur Tengah. Banyak dapat dipelajari antara satu sama lain dalam pertubuhan seperti ini. Dalam Mesyuarat Agung pada 26 Jun yang lalu, saya telah terpilih sebagai Naib Pengerusi pertubuhan di mana Pengerusinya ialah Dato' Rais Zainudin dan Timbalan Pengerusinya ialah YB. Dato' Ahmad Maslan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia.



25 Jun 2010 - Satu majlis penyampaian bantuan telah diadakan pada 25 Jun 2010, jam 9.00 pagi di Pasar Tani, Guar Chempedak bagi memberi bantuan kepad lebih tiga puluh orang mangsa ribut taufan yang berlaku baru-baru ini.