Majlis Korban ini berlangsung diperkarangan Masjid Kampung Titi Teras. Kerjasama AJK Masjid Titi Teras dan AJK JKKKP Kampung Titi Teras bersama penduduk-penduduk Kariah Titi Teras turut memeriahkan lagi.
Saya telah di jemput menjadi ahli penal bagi Forum Ekonomi dan Politik Semasa anjuran Cawangan-cawangan UMNO kawasan Gurun, turut menjadi ahli penal YB Dr. Leong Yong Kong ADUN Gurun, Dato' Ketua UMNO Bahagian Jerai dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerai dan Ketua Pemuda Pemuda UMNO Jerai.
04/09/09 Majlis berbuka puasa dan sumbang Aidilfitri kepada penduduk yang kurang berkemampuan Bagi DUN Guar Chempedak. Seramai 85 orang penerima telah menerima bantuan sumbangan. Majlis berlangsung di dewan masjid pekan yan
14/08/09 Majlis bermula dengan pertandingan street soccer pada sebelah pagi dan petang dan pada sebelah malam acara nyanyian patiotrik serta mendeklamasi puisi kemerdekaan telah menarik minat golongan muda untuk turut serta. kehadiran pelbagai Agensi-agensi Kerajaan turut memeriahkan lagi malam simfoni kemerdekaan ke 52 dan terima kasih kepada semua pihak yang teribat secara langsung atau tidak langsung
05/07/09- Majlis ini diusahakan oleh Pejabat Pusat Khidmat ADUN Guar Chempedak dengan kerjasama FAMA, bertempat diperkarangan Pusat Khidmat ADUN Guar Chempedak, majlis ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran Pengerusi FAMA Ybhg. Dato Paduka Badruddin Bin Amiruldin serta pegawai-pegawai kanan dari FAMA. turut sama memeriahkan dari Pergerakan Pemuda dan Wanita UMNO Jerai, JKKKP Dun Guar Chempedak serta penduduk sekitar Dun Guar Chempedak yang berbagi kaum.
10/Mei/09- Program ini telah dianjurkan oleh Majlis Belia Daerah Yan dengan kerjasama Pemuda UMNO Bahagian Jerai yang bertempat di Dusun Minda Resort Kuala Nerang. Seramai 80 belia terlibat dalam program ini