Pages

Sunday, May 2, 2010

Mesyuarat ADUN-ADUN BN

23/4/2010 (Jumaat) - Pada jam 11.30 pagi, saya menghadiri mesyuarat ADUN-ADUN BN di Kuala Lumpur. Pada sebelah malamnya, memberi ceramah di Kawasan Perumahan, Jalan Semarak, Bukit Beruntung.



Perasmian Kursus Kecemerlangan UPSR

22/04/2010 (Selasa) - Jam 11.00 pagi saya dijemput untuk merasmikan kursus kecemerlangan UPSR bagi Negeri Kedah di Kem Singkir. Kursus ini di sertai oleh lebih 200 orang murid-murid darjah 6 yang cemerlang.









Di sebelah petang, saya ke Kg Sungai Malai, Teroi Bukit untuk melawat tiga orang adik beradik yang ditinggalkan oleh ibu dan ayah selepas berlaku penceraian. Dua beradik yang berumur 10 tahun dan 6 tahun dipelihara oleh abang mereka yang berumur 18 tahun. Saya telah memberi bantuan manakal pengerusi JKKKP Kg. Keda, Sg. Udang pula, En. Othman begitu baik hati untuk mengambil dua beradik yang berumur 10 tahun dan 6 tahun sebagai anak angkat. Dengan bantuan pihak sekolah, seorang dari mereka(10 tahun) dimasukkan semula ke Sekolah Kebangsaan Teroi.

Ceramah Pilihanraya Kecil

21/04/2010 (Rabu) - Hari ini saya meluangkan masa untuk membantu jentera BN bagi Pilihanraya Kecil Hulu Selangor. Pada malam hari saya memberi ceramah di Felda Gedangsa yang letaknya lebih kurang 50 km dari Bukit Beruntung.



Ceramah Pihanraya Kecil Dan Mesyuarat Lembaga Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang

19/4/2010 ( Isnin) - Hari ini saya berada di Hulu Selangor untuk membantu jentera Pilihanraya Kecil BN. Di Sebelah malam saya memberi ceramah di Taman Melati, Serendah.



20/4/2010 (Selasa) - Jam 2.00 petang, saya menghadiri Mesyuarat Lembaga Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang. Mesyuarat kali ini adalah merupakan kali terakhir Tan Sri Abu Zahar Ujang mempengerusikannya kerana beliau akan dilantik sebagai Yang Di Pertua Dewan Negara ynag baru.



Di sebelah malam, saya memberi ceramah pilihanraya kecil Hulu Selangor di Kampung Alah Batu, Ulu Bernam. Kawasan ini ialah kampung tradisi melayu yang terletaknya lebih 60 km dari Bukit Beruntung.

Majlis Perasmian Pelancaran Tuisyen UPSR Dan Kursus Motivasi

18/4/2010 (Ahad) - Jam 8.30 pagi, saya telah menghadiri Majlis Perasmian Pelancaran Tuisyen untuk UPSR dan Kursus Motivasi tajaan Yayasan CIMB dan ADUN Guar Chempedak di Sekolah Kebangsaan Singkir.








Selesai majlis di sekolah Kebangsaan Singkir, saya dan isteri telah menghadiri majlis perkahwinan anak lelaki Dato' Dr. Rama (Pengerusi MIC Guar Chempedak) di Sg. Petani.

Penamaan Calon Pilihanraya Kecil Hulu Selangor

17/4/2010 (Sabtu) - Hari ini adalah hari penamaan calon Pilihanraya Kecil Hulu Selangor. Saya bersama dengan beribu orang penyokong BN telah bersama-sama turun ke Kuala Kubu Baru untuk memberi sokongan kepada calon BN P. Kamalanathan.

Setelah selepas selesai penamaan calon, saya bersama dengan isteri balik ke Yan untuk menghadiri kenduri perkahwinan PA saya Cik Rohana Mat Isa di Kg. Raga.

Program Harian

16/4/2010 (Jumaat) - Pada jam 3.00 petang, saya bersama dengan lebih 40 orang penceramah UMNO Malaysia telah dijemput untuk menghadiri mesyuarat penceramah Pilihanraya Hulu Selangor yang dipengerusikan oleh YB Dato' Ahmad Maslan, Ketua Penerangan UMNO Malaysia, merangkap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Mesyuarat ini telah diadakan di BN Command Centre di Bukit Beruntung.

Hari Bertemu Rakyat

15/4/2010 (Khamis) - Seperti biasa, pada hari rabu dan khamis saya berada di Pusat Khidmat untuk bertemu wakil rakyat.

Saturday, May 1, 2010

Perasmian Kursus Pengurusan Jenazah Dan Mesyuarat Pertandingan Futsal Wanita Piala ADUN Guar Chempedak

13/4/2010 (Selasa) - Saya dijemput untuk merasmikan kursus pengurusan jenazah anjuran KEMAS dan JKKKP Kg. Keda Sg. Udang. Kursus yang dihadiri lebih 100 orang peserta ini berjaya memberi pendedahan kepada mereka mengenai pengurusan jenazah.





Di sebelah petang, saya menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Futsal Wanita Piala ADUN Guar Chempedak anjuran Pejabat ADUN Guar Chempedak dengan kerjasama pergerakkan Puteri UMNO bahagian Jerai.



Muzakarah GABEM

4/4/2010 - Jam 10.00 pagi,saya mewakili Negeri Kedah (sebagai Pengerusi GABEM Kedah) menghadiri muzakarah GABEM mengenai Model Ekonomi Baru. Di Akhir muzakarah ini, satu resolusi telah disediakan oleh GABEM peringkat pusat untuk dipanjangkan kepada kepimpinan tinggi kerajaan.