Pages

Saturday, June 5, 2010

Hari Bertemu Rakyat

2/6/2010 (Rabu) - Hari ini ialah hari bertemu rakyat di pejabat ADUN di Pekan Yan, seperti biasa ramai juga yang datang untuk mendapatkan bantuan/pertolongan. Waktu tengah hari saya menziarahi jenazah ayah kepada cikgu Shafiee, guru Sekolah Menengah Kebangsaan Yan.

Mesyuarat Program Satu Komuniti Satu JPJ

1/6/2010 (Selasa) - Hasil dari perbincangan dengan Pengarah JPJ negeri Kedah, En. Abd Rahman seminggu lalu, satu perjumpaan antara beliau bersama pengawai-pegawai JPJ dengan saya dan pengerusi-pengerusi JKKKP DUN Guar Chempedak telah diadakan pada 1 Jun 2010, jam 3 petang di Dewan Masjid Jamek, Yan. Hadir sama dalam perjumpaan ini ialah Pegawai Pembangunan Negeri Kawasan Yan/Kuala Muda, En. Ahmad Nizam. Dalam perjumpaan berkenaan pihak JPJ telah memberi taklimat mengenai Program Satu Komuniti Satu JPJ. Program ini tercetus atas permintaan dan cadangan saya untuk menganjurkan satu program bagi merapatkan JPJ dengan rakyat. Antara program yang dirancang ialah melesenkan penunggang motorsikal warga emas (berumur 45 tahun ke atas). Ia dirancang untuk dilaksanakan dari bulan Julai akan datang.



Tuesday, June 1, 2010

Mesyuarat Focus Group,Kursus Penghayatan Rukunegara dan 1 Malaysia Dan Program Juara Rakyat

31/5/2010 (Isnin) - Paginya menghadiri mesyuarat 'Focus Group' di Pejabat Pembangunan Negeri di Komplek Kerajaan Persekutuan, Anak Bukit, Alor Setar.

Di sebelah petang, jam 3.15 petang, saya menghadiri Kursus Penghayatan Rukunegara dan 1 Malaysia anjuran KEMAS di Guar Chempedak. Saya telah memberi ucapan dan seterus menutup secara rasmi kursus berkenaan.





Selepas itu, saya sempat menghadiri Program Juara Rakyat, anjuran Wanita UMNO bahagian Jerai di Dewan Serbaguna, Guar Chempedak.

Jemputan Ceramah 'Isu-Isu Politik Semasa-Dilema Melayu'

28/5/2010 (Jumaat) - Hari ini bersolat jumaat di Masjid Kampung Pauh. Kemudiannya menghadiri persidangan UMNO cawangan Gurun Jaya sebelum ke Pulau Langkawi untuk memberi ceramah 'isu-isu politik semasa-dilema melayu' kepada pemimpin-pemimpin masyarakat dan UMNO kawasan Parlimen Jelebu, Negeri Sembilan.



Perlantikan Sebagai Pengerusi Majlis Perudingan Suruhanjya Koperasi Negeri Kedah

23/5/2010 (Ahad) - Saya menziarahi jenazah Allahyarham Dato' Awang Ahmad, bekas wakil rakyat kawasan Kuala Negeri di Jalan Kuala Kedah. Allahyarham adalah kawan lama saya yang berpewatakan 'friendly' bila-bila masa berjumpa dengan rakan-rakan. Kemudiannya saya dikunjungi oleh Tn. Hj. Zainun, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Negeri Kedah berbincang mengenai kemajuan gerakan koperasi di negeri Kedah dan mendapatkan tandatangan saya bagi surat-surat perlantikan ahli majlis perundingan koperasi negeri Kedah. Baru-baru ini saya telah dilantik oleh YB' Dato' Seri Ismail Sabri, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna sebagai Pengerusi Majlis Perundingan Suruhanjaya Koperasi negeri Kedah.

Larian Bendang Anjuran Yayasan Sultanah Bahiyah dan Undangan Majlis Perkahwinan

22/5/2010 (Sabtu) - Sepertimana tahun-tahun yang lepas, saya tidak mahu melepas peluang untuk turut serta dalam larian bendang , anjuran Yayasan Sultanah Bahiyah di Stadium Darulaman. Selepas larian bersama KDYMM Tuanku Sultan Kedah, saya bersama isteri sempat melawat sambil menyumbang kepada YSB dengan membeli barang-barang yang dijual disitu.



Saya bersama isteri menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan kawan lama saya Cikgu Aman Khan di Dewan Wawasan, Jitra. Menghadiri majlis perkahwinan adalah sebahagian dari kehidupan bermasyarakat yang perlu dilakukan, biar betapa sibuk diri kita.

Program Motivasi Di Sekolah Kebangsaan Teroi

21/5/2010 (Jumaat) - Kali ini saya bersolat jumaat di Masjid Jamek Yan selepas menziarahi jenazah Allahyarham Hj. Osman Jaafar di Kampung Pasir, Guar Chempedak. Di sebelah malamnya saya menghadiri program motivasi anjuran PIBG dan Sekolah Kebangsaan Teroi bagi murid-murid darjah 6 yang akan menghadapi peperiksaan UPSR bersama ibu bapa masing-masing. Saya diundang untuk memberikan ucapan perasmian. Saya juga turut sama untuk mengikuti program berkenaan sehingga tamat lebih kurang jam 11.00 malam.



19/5/2010 (Sabtu) - Dalam kesibukan tugas harian kita bukan mudah untuk bertemu kawan-kawan lama. Namun, kita harus 'make efforts' untuk bertemu mereka. Saya sentiasa mencuba untuk mencari ruang bagi berjumpa dengan kawan-kawan lama ini. Baru-baru ini, seorang rakan lama saya Dato' Zakaria Sulong telah menerima watikah dari Yang Di-Pertuan Ag0ng untuk bertuga sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di United Kingdom, satu 'posting' yang dianggap 'kanan' dalam dunia diplomat. Sebelum ini beliau adalah Duta Besar Malaysia di Jerman. Saya mengenali beliau lebih 10 tahun semasa berkhidmat di Wisma Putra, mulanya sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Luar Negeri (1999-2002) dan kemudiannya sebagai Ketua Misi Malaysia di Taiwan (2005-2007). Saya dan isteri sempat makan malam bersama Dato' Zakaria dan isteri sebelum mereka berlepas ke London pada 25 Mei lalu.

Monday, May 31, 2010

Kunjungan Hormat Ke atas Ekuti Nasional Berhad (Ekuinas)

18/5/2010 (Jumaat) - Saya bersama ahli-ahli Majlis Gagasan Badan Ekonomi Melayu di peringkat pusat yang diketuai oleh Y.Bhg Tan Sri Abd Rahim Tamby Chik merangkap Pengerusi GABEM pusat telah membuat lawatan dan mendengar taklimat mengenai Ekuinas di Ibu Pejabat Ekuinas di Mutiara Damansara, Petaling Jaya. Delegasi GABEM diturut serta oleh beberapa beberapa orang usahawan-usahawan Melayu. Saya mengikuti program ini ada kapasiti sebagai Pengerusi Gabem negeri Kedah. Taklimat mengenai Ekuinas dan peranannya telah disampaikan sendiri oleh Ketua Eksekutifnya, Dato' Abdul Rahman b. Ahmad. Equinas ialah syarikat berkaitan kerajaan yang mengendalikan pengurusan dana ekuiti persendirian dengan matlamat untuk meningkatkan pegangan ekuiti dan penglibatan bumiputera didalam sektor ekonomi berdaya saing tinggi melalui penubuhan syarikat-syarikat peneraju generasi baru di Malaysia.

Ceramah Isu Pendidikan, Ekonomi dan Survival Orang Melayu

17/5/2010(Khamis) - Saya diundang oleh BTN Kedah untuk memberi ceramah kepada pelajar-pelajar Sekolah Agama seluruh negeri Kedah. Ceramah yang diberikan berkisar kepada isu pendidikan, ekonomi dan survival orang Melayu. Saya menekankan tentang kepentingan pendidikan dan ilmu dalam menentukan kejayaan dan survival bangsa Melayu. Tidak ada senjata yang lebih bekesan bagi mengubah nasib diri, keluarga dan bangsa selain dari pendidikan, sejarah telah membuktikan nasib orang Melayu telah berubah berbanding dengan kedudukannya sebelum negara mencapai kemerdekaan dulu melalui dasar kerajaan yang memberi keutamaan kepada pendidikan anak bangsa.