Pada sebelah malam 28 April, saya bersama penduduk Kampung Tengah, Sungai Yan telah mengadakan kenduri ikan bakar sebagai menyatakan penghargaan kepada penduduk kampung berkenaan dalam menjayakan Pesta Wau 1 Malaysia 2011 pada akhir bulan Februari lalu.
YB Dato' Dr Ku Abd Rahman Bin Ku Ismail ADUN Kawasan Guar Chempedak (N21)
Sunday, May 1, 2011
PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PUSAT JAGAAN RUMAH AMAL
Pada 28 April, jam 11 pagi, saya merasmikan Mesyuarat Agung Pusat Jagaan Rumah Amal Yan. Dalam ucapan, saya merakamkan setinggi penghargaan kepada AJK Rumah Amal yang di pengerusikan oleh Tn Hj Shuib Shawal yang sanggup berkorban masa dan tenaga bagi menabur bakti kepada kanak istimewa, pelatih rumah amal tersebut. Hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalas budi dan jasa mereka.
MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN PERSARAAN ANGGOTA LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG (LPP) TAHUN 2011
Majlis di atas telah diadakan pada 27 April, jam 8.30 malam di Hotel Grand Season, Kuala Lumpur. YB Dato' Wira Mohd Johari Baharum, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani hadir bagi mewakili YB Menteri.
Saturday, April 30, 2011
MAJLIS RAMAH MESRA 1 MALAYSIA, PEMIMPIN BERSAMA ANAK KEDAH, UUM
Majlis Ramah Mesra 1 Malaysia antara pelajar-pelajar Kedah di Universiti Utara Malaysia dan pemimpin-pemimpin BN negeri Kedah telah diadakan di kampus UUM, Sintok pada sebelah malam 25 April. Majlis ini telah diadakan di Kampus UUM, Sintok pada sebelah malam, 25 April. Majlis ini telah dihadiri oleh lebih 1000 orang pelajar. Tetamu kehormat pada majlis berkenaan ialah YB Dato' Paduka Ahmad Bashah B Hanipah, Pengerusi BN Kedah.
MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN KEPADA SEKOLAH-SEKOLAH CINA, DUN GUAR CHEMPEDAK OLEH YB DATO' SERI (JENERAL) JAMIL KHIR BAHARUM, MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

Pada sebelah malam 23 April, satu Majlis Penyampaian Bantuan kepada sekolah-sekolah cina DUN Guar Chempedak telah diadakan di Sekolah Cina, Jalan Jenun, DUN Guar Chempedak. Bantuan-bantuan telah di sampaikan oleh YB Dato' Seri Jeneral Jamil Khir Baharum, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
HARI PERHIMPUNAN PETANI, PENTERNAK DAN NELAYAN 2011 BERSAMA PERDANA MENTERI
Sebagai Ahli Lembaga Pengarah, Lembaga Pertubuhan Peladang, saya mendapat jemputan untuk menghadiri program di atas pada 23 April bertempat MAEPS, Serdang (Tapak MAHA). Dalam majlis ini, YAB Perdana Menteri juga telah melancarkan KOR Tani, di mana ahli-ahlinya terdiri daripada agensi-agensi di bawah Kementerian Dan Industri Asas Tani.
PROGRAM LARIAN KECERGASAN ANJURAN BERSAMA PUSAT KHIDMAT ADUN GUAR CHEMPEDAK DAN PEJABAT BELIA DAERAH YAN
Pada 21 April, saya dijemput untuk merasmikan Program Larian Kecergasan Dan Senam Cergas Komuniti peringkat Daerah Yan di perkarangan Pusat Khidmat ADUN Guar Chempedak. Aturcara program ini termasuk senamrobik dan larian sejauh 4 km oleh lebih kurang 300 orang peserta. Mereka terdiri daripada murid-murid Sekolah Menengah Yan, Sekolah Kebangsaan Langkasuka dan Maktab Mahmud, pelatih-pelatih GiatMara Yan, Kolej Komuniti dan juga kakitangan agensi-agensi kerajaan AADK dan Pejabat Belia Daerah Yan. Dalam ucapan perasmian, antara lain, saya menyentuh tentang betapa pentingnya kita mengamal gaya hidup sihat. Ia merangkumi pemakanan dan 'exercise'. Badan yang sihat dan cergas akan menghasilkan otak yang cerdas.

Majlis Konvokesyen Pertama Asia e-University
Pada 17 April, saya berkesempatan untuk menghadiri Majlis Konvokesyen Pertama Asia e-University di PWTC. Sebenarnya, saya menghadiri majlis ini bagi meraikan YB Tan Seri Syed Hamid Albar, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam dan Darat (SPAD) serta bekas Menteri Dalam Negeri dan Menteri Luar yang di anugerahkan Ijazah Doktor Kehormat bidang pengurusan oleh universiti berkenaan. Anugerah berkenaan diberikan atas jasa dan idea sewaktu menjadi Menteri Luar Negeri dalam mencetuskan penubuhan universiti berkenaan di Malaysia. Penubuhan Asia e-University adalah salah satu daripada projek ASEAN dimana Malaysia telah diberikan kepercayaan dan penghormatan untuk menubuhkannya di Malaysia. Pemilihan YB Tan Seri Syed Hamid Albar sebagai penerima sulung Ijazah Doktor Kehormat dalam bidang pengurusan adalah amat tepat sekali memandangkan sumbangan beliau yang tak ternilai kepada negara dalam kerjaya beliau di sektor perbankan dan sebagai Menteri Kabinet Malaysia selama hampir dua dekad. Mula dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (undang-undang) pada tahun 1990, kemudiannya sebagai Menteri Pertahanan pada tahun 1995, Menteri Luar Negeri dari 1999 hingga 2008 dan akhirnya sebagai Menteri Dalam Negeri pada tahun 2008-2009.
Tuesday, April 26, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)
