Pages

Sunday, April 12, 2009

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KURSUS ASAS RELA

12/April/09- Majlis perasmian penutup kursus asas rela bagi anggota baru berlangsung di
dewan orang ramai Kampung Pasir Guar Chempedak



2 comments:

tempursakti said...

salam YB Datuk,
pada saya marhaen UMNO ini,Datuk seorang wakil rakyat yang terbaik setakat ini yang dimiliki oleh UMNO Jerai.

kalau boleh saya mengharapkan YB Datuk jengah-jengah lah kekawasan lain sama walau pun bukan yang diwakili datuk,umno Jerai kan banyak cawangan,tumpu kat cawangan sama.

Hari ini mungkin tak seindah semalam,tetapi esok mungkin lebih baik dari hari ini.

BERKHIDMAT KEPADA RAKYAT said...

Salam, Saya memohon maaf kerana lewat sedikit memberi respon. saya ucapakan terima kasih terhadap kata-kata semangat yang dilontarkan oleh saudara dan saya menghargai.
Saya mengambil pandangan yang dikemukan oleh saudara sebagai ssesuatu yang membina dan akan melakukan yang terbaik untuk memperkukuhkan UMNO demi agama, bangsa dan tanahair. Landasan yang saya ambil selama menjadi Wakil Rakyat, khususnya sebagai ADUN Guar Chempedak ialah member khidmat yang sebaik mungkin kepada rakyat yang diwakili dan membantu mereka yang memerlukan. Dikawasan DUN Guar Chempedak sendiri saya menemui ramai penduduk yang dhaif kehidupan mereka dan memerlukan pembelaan.
Saranan YAB Perdana Menteri agar rakyat didahulukan dan prestasi di utamakan adalah tepat sekali dan kena pada masanya. Jika semua pemimpin UMNO/BN, terutamanya wakil-wakil rakyat dapat menghayati dan menterjemahkannya kepada strategi dan tindakan yang berkesan kita amat yakin rakyat yang menyokong akan terus menyokong dan rakyat yang dulunya tawar hati akan kembali menyokong UMNO/BN, khususnya dalam PRU ke-13 yang akan datang. InsyaAllah