30/1/2010 - Majlis ini diadakan bagi menjelaskan kepada wanita hak-hak mereka sebagai pengguna dalam sistem ekonomi. Majlis yang dianjurkan oleh Persatuan Pengguna Kedah dan Gerakan Pengguna Negeri(GPN) telah diadakan bertempat di Dewan Serbaguna, Guar Chempedak. Dalam majlis ini, saya menyarankan agar semua golongan wanita terutama suri rumah menjadikan mereka sebagai kuasa yang utama dalam sistem pengguna di mana mereka boleh menjadi pelapor jika peniaga menaikkan harga barang, menyekat dan menyembunyikan barang dan juga memboikot peniaga yang mendiskriminasi pengguna. Selain itu, saya juga menyarankan agar para wanita berbelanja dengan bijak dalam pembelian barang seharian. Dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu ini, kita seharusnya wajar dalam pembelian dan mengutamakan barang yang perlu sahaja dan bukan mengikut hawa nafsu sendiri. Saya mengharapkan agar semua pihak terutama wanita dapat mengambil pengajaran daripada majlis ini dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
1 comment:
Tolong perbesarkan jalan utama AS-Guar Chempedak-Gurun.
Post a Comment