Pages

Sunday, March 7, 2010

Program Harian

6/3/2010 - Sebelah pagi saya menziarahi kematian Hj. Wahab (ayah kepada Ketua Wanita Cawangan Gurun) dan En. Hj. Said , ayah Ismail tukang perahu di seberang Pekan Yan. Selepas itu, (11.00 pagi) saya ke Surau Kampung Sungai Udang untuk menghadiri majlis Maulidur Rasul dan menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan azan dan hafazan ayat-ayat Al-Quran.





Dari Sungai Udang, saya terus ke Kampung Teroi Bukit untuk kenduri dan penutupan program siswa bersama masyarakat. Program seperti ini amat baik sekali dalam memasyarakatkan mahasiswa mahasiswi agar mereka lebih memahami kehidupan, susah senang masyarakat desa.





Pada sebelah petang, saya menziarahi kematian Hj. Saad di Kampung Ruat dan menziarahi Pak Ali yang kurang sihat. Selepas itu, terus ke padang Pantai Murni untuk menyaksikan perlawanan bola sepak anjuran pergerakkan Pemuda UMNO bahagian Jerai antara pasukan Padang Lumat dan Batu 5 Jalan Jeniang.

Pada sebelah malamnya pula, saya berpeluang untuk solat isyak berjemaah dan menghadiri majlis Maulidur Rasul dan ceramah di Masjid Kuala Dulang Kechil. Saya juga menyampaikan bantuan bencana alam kepada penerima-penerima bagi pihak Majlis Keselamtan Negara.



Majlis Bantuan Penyerahan Rumah Dan Bantuan Asas Ekonomi

5/3/2010 - Sungguhpun hari jumaat adalah hari cuti bagi Negeri Kedah tetapi bagi wakil rakyat tidak ada bezanya antara hari cuti umum atau hari kerja biasa. Jika ada program, jemputan atau ada sesuatu yang perlu dilakukan, ia mesti dilaksanakan.
Pada 5 Mac 2010, iaitu hari jumaat lalu, jam 9.30 pagi, saya bersama KEDA telah menganjurkan majlis penyerahan program bantuan rumah dan bantuan asas ekonomi di Dewan Dato' Madi Yan. Seramai 47 orang telah menerima rumah baru yang bernilai RM 33,000, manakala 14 orang lagi mendapat bantuan baikpulih rumah yang bernilai RM 11,000 (maksimum mengikut keperluan). Keseluruhannya Kerajaan Persekutuan yang diterajui Barisan Nasional telah membelanjakan RM 1.7 Juta untuk tahun 2009 bagi membina rumah baru dan baikpulih bagi rakyat miskin di kawasan DUN Guar Chempedak sahaja. Di samping itu,, kerajaan BN juga melalui KEDA telah membantu rakyat miskin dalam mempertingkatkan taraf ekonomi mereka. Matlamatnya ialah agar mereka dapat keluar dari kancah kemisikinan dan berdiri tanpa bergantung kepada bantuan kerajaan semata-mata. Seramai 91 orang telah menerima bantuan daripada majlis hari ini. Keseluruhannya bagi tahun 2009, kerajaan BN telah membelanjakan lebih kurang RM 2.0 juta bagi program ini sahaja.





Hari jumaat kali ini, saya berpeluang menunaikan solat jumaaat di masjid Pekan Guar Chempedak. Ini adalah aktiviti mingguan saya menunaikan solat jumaat di masjid-masjid khususnya daalam DUN Guar Chempedak, secara bergilir-gilir. Bersolat secara berjemaah khususnya solat jumaat memberi peluang kepada saya untuk bertemu penduduk dan beramah mesra dengan mereka. Pada sebelah petang,saya turun ke padang Pantai Murni, Yan untuk menyaksikan perlawan bola sepak antara pasukan Kg. Raga dan pasukan Guar Chempedak anjuran pergerakkan Pemuda UMNO bahagian Jerai. Kemenangan telah berpihak kepada pasukan Guar Chempedak (2-1).

Di sebelah malam, saya ke surau Kampung Kuala Sungai Yan untuk bersolat Isyak berjemaah dan majlis Maulidur Rasul. Antara aktiviti majlis ini ialah marhaban. Saya sendiri bermarhaban bersama penduduk. Selepas selesai majlis Maulidur Rasul di surau Kampung Kuala Sungai Yan, saya terus ke Kampung Teroi Bukit untuk menghadiri aktiviti program siswa bersama masyrakat. 37 orang mahasiswa mahasiswi dari UUM telah menjadi anak angkat kepada keluarga penduduk Kg. Teroi Bukit selama 3 hari (4/3-6/3/2010).

Sambutan Maulidur Rasul 2010

4/3/2010 - Pada hari ini, saya berpeluang untuk menghadiri perarakan Maulidur Rasul Anjuran Jawatankuasa Masjid Jamek Badlishah Yan Besar. Perarakan yang bermula pada pukul 8 pagi telah disertai pelbagai agensi-agensi kerajaan, sekolah-sekolah, tabika dan juga sebagainya yang telah berpeluang bersama saya menyertai sambutan Maulidur Rasul ini. Saya berasa bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dapat menyambutnya. Perarakan ini bermula di tempat letak kereta Pantai Murni dan berakhir di Perkarangan Masjid Jamek Badlishah. Saya juga berpeluang menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang perarakan terbaik.





Wednesday, March 3, 2010

Mesyuarat Agung MIC Cawangan Guar Chempedak Kali Ke-24

27/02/2010 - Mesyuarat ini telah diadakan bertempat di Dewan Sekolah Rendah (J) Yang Kao di mana saya telah dijemput untuk merasmikan majlis tersebut.





Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2010

Pesta Wau 2010

24-28/02/2010 - Pesta wau yang julung-julung kali ini telah diadakan bertempat di Kampung Tengah Kuala Sungai Yan selama lima hari berturut-turut di mana saya telah merasmikan pesta tersebut pada 24/2/2010 dan menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang pada hari terakhir pesta wau. Pesta wau ini telah dianjurkan oleh pejabat saya sendiri dengan kerjasama Persatuan Belia Kampung Tengah Kuala Sungai Yan dan Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Jerai. Saya merasa bangga dan gembira dengan penganjuran pesta wau ini kerana inilah permainan tradisi kita sebagai masyarakat melayu yang perlu kita kekalkan sepanjang zaman. Saya juga berharap pesta wau ini dapat dijalankan setiap tahun dengan berjayanya dengan mengekalkan perpaduan selaras dengan gagasan 1 Malaysia. Selain pertandingan wau, diadakan juga acara yang lain seperti tarik tali, parut kelapa dan cabutan bertuah yang menyediakan hadiah yang lumayan kepada pemenang-pemenang.







Wednesday, February 10, 2010

Kunjungan Muhibah DPD KNPI Aceh Besar Ke Malaysia Dan Thailand

10/2/2010 - Majlis ini telah diadakan bertempat di KAMC Kampung Aceh yang mana saya telah merasmikan majlis tersebut dan menyampaikan ucapan.




Perasmian Kursus Haji Di Masjid Jamek Badlishah Yan Besar



Majlis Peranan Wanita Sebagai Pengguna

30/1/2010 - Majlis ini diadakan bagi menjelaskan kepada wanita hak-hak mereka sebagai pengguna dalam sistem ekonomi. Majlis yang dianjurkan oleh Persatuan Pengguna Kedah dan Gerakan Pengguna Negeri(GPN) telah diadakan bertempat di Dewan Serbaguna, Guar Chempedak. Dalam majlis ini, saya menyarankan agar semua golongan wanita terutama suri rumah menjadikan mereka sebagai kuasa yang utama dalam sistem pengguna di mana mereka boleh menjadi pelapor jika peniaga menaikkan harga barang, menyekat dan menyembunyikan barang dan juga memboikot peniaga yang mendiskriminasi pengguna. Selain itu, saya juga menyarankan agar para wanita berbelanja dengan bijak dalam pembelian barang seharian. Dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu ini, kita seharusnya wajar dalam pembelian dan mengutamakan barang yang perlu sahaja dan bukan mengikut hawa nafsu sendiri. Saya mengharapkan agar semua pihak terutama wanita dapat mengambil pengajaran daripada majlis ini dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.



Sunday, February 7, 2010