Pages

Sunday, March 7, 2010

Majlis Bantuan Penyerahan Rumah Dan Bantuan Asas Ekonomi

5/3/2010 - Sungguhpun hari jumaat adalah hari cuti bagi Negeri Kedah tetapi bagi wakil rakyat tidak ada bezanya antara hari cuti umum atau hari kerja biasa. Jika ada program, jemputan atau ada sesuatu yang perlu dilakukan, ia mesti dilaksanakan.
Pada 5 Mac 2010, iaitu hari jumaat lalu, jam 9.30 pagi, saya bersama KEDA telah menganjurkan majlis penyerahan program bantuan rumah dan bantuan asas ekonomi di Dewan Dato' Madi Yan. Seramai 47 orang telah menerima rumah baru yang bernilai RM 33,000, manakala 14 orang lagi mendapat bantuan baikpulih rumah yang bernilai RM 11,000 (maksimum mengikut keperluan). Keseluruhannya Kerajaan Persekutuan yang diterajui Barisan Nasional telah membelanjakan RM 1.7 Juta untuk tahun 2009 bagi membina rumah baru dan baikpulih bagi rakyat miskin di kawasan DUN Guar Chempedak sahaja. Di samping itu,, kerajaan BN juga melalui KEDA telah membantu rakyat miskin dalam mempertingkatkan taraf ekonomi mereka. Matlamatnya ialah agar mereka dapat keluar dari kancah kemisikinan dan berdiri tanpa bergantung kepada bantuan kerajaan semata-mata. Seramai 91 orang telah menerima bantuan daripada majlis hari ini. Keseluruhannya bagi tahun 2009, kerajaan BN telah membelanjakan lebih kurang RM 2.0 juta bagi program ini sahaja.





Hari jumaat kali ini, saya berpeluang menunaikan solat jumaaat di masjid Pekan Guar Chempedak. Ini adalah aktiviti mingguan saya menunaikan solat jumaat di masjid-masjid khususnya daalam DUN Guar Chempedak, secara bergilir-gilir. Bersolat secara berjemaah khususnya solat jumaat memberi peluang kepada saya untuk bertemu penduduk dan beramah mesra dengan mereka. Pada sebelah petang,saya turun ke padang Pantai Murni, Yan untuk menyaksikan perlawan bola sepak antara pasukan Kg. Raga dan pasukan Guar Chempedak anjuran pergerakkan Pemuda UMNO bahagian Jerai. Kemenangan telah berpihak kepada pasukan Guar Chempedak (2-1).

Di sebelah malam, saya ke surau Kampung Kuala Sungai Yan untuk bersolat Isyak berjemaah dan majlis Maulidur Rasul. Antara aktiviti majlis ini ialah marhaban. Saya sendiri bermarhaban bersama penduduk. Selepas selesai majlis Maulidur Rasul di surau Kampung Kuala Sungai Yan, saya terus ke Kampung Teroi Bukit untuk menghadiri aktiviti program siswa bersama masyrakat. 37 orang mahasiswa mahasiswi dari UUM telah menjadi anak angkat kepada keluarga penduduk Kg. Teroi Bukit selama 3 hari (4/3-6/3/2010).

No comments: