Pages

Monday, March 15, 2010

Program Harian

10/3/10 - Hari ini adalah hari bertemu pelanggan di Pusat Khidmat Adun. Ramai juga yang datang menemui saya untuk mendapatkan khidmat dalam pelbagai bentuk. Ada yang datang untuk mendapatkan surat sokongan ataupun pengesahan untuk permohonan membina rumah baru, baik pulih rumah, rumah mesra rakyat, elaun sara hidup nelayan dan sebagainya. Ada juga yang bertemu saya untuk mendapatkan bantuan kebajikan masyarakat.

Satu majlis penyerahan bantuan kemiskinan bandar telah diadakan pada jam 3.00 petang di Dewan Masjid Jamek, Yan. Majlis ini diadakan bersama dengan Pejabat Pembangunan Negeri Persekutuan bagi menyerahkan wang bantuan kepada seramai 36 orang. Bantuan ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan Pusat (Barisan Nasional) untuk meringankan beban perbelanjaan yang ditanggung oleh penduduk bandar/pekan atau pinggiran bandar/pekan. Ia termasuk bantuan sewa rumah, bantuan anak sekolah (termasuk tambang bas) dan pesakit buah pinggang (kes dialisis).








Jam 6.00 petang, saya ke Kampung Ruat untuk bertemu dengan AJK UMNO cawangan Ruat dan menyampaikan ucapan. Pada ucapan yang menyentuh isu-isu politik semasa berhubung kepincangan dalam pakatan pembangkang dan keperluan ahli-ahli UMNO di semua peringkat merapatkan barisan.

Saya sempat bersolat Isyak di Masjid Kg. Ruat dan kemudian bertahlil arwah di rumah penduduk Kg. Ruat.

No comments: