22/3/2010 (Isnin) - Sebelah pagi, saya dikunjungi Tn. Hj. Nawawi, Timbalan Pengarah Tabung Haji Negeri Kedah dan 3 orang pegawai. Mereka datang untuk berbincang mengenai rancangan mengadakan kempen membuka akaun Tabung Haji bagi murid-murid sekolah menengah. Saya juga sempat menziarahi jenazah Bang Id, bekas Setiausaha JKKKP Kampung Singkir Darat yang meninggal dunia akibat sakit buah pinggang.
Selepas itu, saya bersama Ketua Pergerakkan Pemuda UMNO Jerai, Saudara Basorri dan Pegawai JKM Dearah Yan Pn Yusnita telah menziarahi Tn. Hj. Ahmad Arshad dan isteri di rumahnya di Kampung Singkir Genting. Tn. Hj. Ahmad bekas Pengerusi JKKKP selama 20 tahun telah ditimpa kemalangan jalan raya semasa menunggang motorsikal bersama isterinya. Akibat kemalangan ini kaki kanannya terpaksa dipotong oleh doktor di Hospital Sg. Petani. Saya amat bersimpati terhadap nasib yang menimpanya. Saya mengenalinya sejak 20 tahun yang lalu. Kata orang 'malang tidak berbau' dan ia boleh berlaku kepada sesiapa juga. Bagi pihak JKM, saya telah menyampaikan sebuah kerusi roda kepadanya.
Selepas asar seperti biasa mengambil peluang untuk melawat kampung. Kali ini saya ke Kampung Teroi Bukit untuk meninjau dan melawat 'ladang nenas' yang diusahakan oleh En. Rodzi, Pengerusi JKKKP Kampung Teroi Bukit.
Tugas wakil rakyat sebenarnya tidak ada waktu kerja yang tertentu. Selagi ada tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan selagi itulah detik jamnya berjalan. Pada sebelah malam, selepas isyak, saya menghadiri mesyuarat JK Penganjur ceramah oleh Saudara Ezam Mohd Noor (yang akan diadakan pada 25 Mac) di rumah Cikgu Shukor, Ketua UMNO cawangan Sungai Yan.
YB Dato' Dr Ku Abd Rahman Bin Ku Ismail ADUN Kawasan Guar Chempedak (N21)
Tuesday, March 23, 2010
Program Harian (Perasmian Penutup Kursus Kepimpinan - Rekreasi Luar Tahap 1)
21/3/2010 (Ahad) - Pada hari ini, saya menerima undangan untuk memberi ucapan dan melakukan perasmian penutup kursus Kepimpinan - Rekreasi Luar Tahap 1, peringkat Daerah Yan, anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Yan di Dewan Komuniti bestari Kg. Raga. Seramai 35 orang peserta telah mengikuti kursus selama 3 hari 2 malam. Dalam ucapan saya, antara lain saya menyentuh tentang perlunya belia memiliki jatidiri, disiplin,ilmu dan daya kepimpinan. Saya juga cuba memberikan kesedaran kepada mereka tentang betapa kita rakyat Malaysia, khususnya belia-belia amat bertuah dan harus bersyukur kehadrat Allah SWT kerana negara kita dalam keadaan aman damai, tenteram dan makmur. Saya juga telah menerangkan kepada mereka tentang gagasan 1 Malaysia yang disarankan oleh YAB Perdana Menteri. Ciri utamanya ialah sebagai rakyat Malaysia, kita harus memberikan taat setia tidak berbelah bagi kepada negara ini dan rakyat tanpa mengira kaum, warna kulit, agama dan budaya harus bersatu padu demi kemajuan negara dan kesejateraan rakyat.
Selepas Isyak, saya menziarahi dua kematian iaitu anak Hj. Abdullah di Permatang Chengai dan Tok Awang di Kg. Raga.

Program Harian (Perlawanan Bola Sepak Terbuka Parlimen Jerai)
20/3/2010 (Sabtu) - Hari ini merupakan hari terakhir cuti sekolah selama seminggu bagi negeri Kedah. Sepertimana biasa hari sabtu cuti sekolah ramai yang mengadakan kenduri kahwin. Saya berkesempatan untuk menghadiri empat buah kenduri kahwin di kawasan DUN Guar Chempedak.
Perlawanan bola sepak sentiasa mendapat sambutan yang hebat dari segenap golongan masyarakat. Bola sepak adalah jenis sukan yang paling popular di seluruh dunia. Perlawanan bola sepak terbuka Parlimen Jerai Piala YB. Dato' Seri Senator Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, anjuran Pergerakkan Pemuda UMNO bahagian Jerai telah berlangsung selama lebih dua bulan. Keseluruhannya sambutan amat memberansangkan sekali. Pada hari ini, 20 Mac, Jam 5 petang adalah hari penentu juara pertandingan tersebut. Pasukan Purnama Gemilang dari Guar Chempedak bertemu oasukan Kilang Ketapan dalam perlawanan akhir yang disaksikan oleh YB. Dato' Seri Menteri bersama lebih 2000 orang peminat-peminat bola sepak. Pasukan Kilang Ketapan dari DUN Gurun telah berjaya menumpaskan pasukan Purnama Gemilang dari DUN Guar Chempedak melalui sepakan penalti. Hadiah-hadiah disampaikan oleh YB. Menteri.

Saturday, March 20, 2010
Program Harian (Sambutan Maulidur Rasul)
16/3/2010 (Selasa) - Jam 10.30 pagi pada hari ini, saya berada di Sek. Keb. Teroi untuk majlis kesyukuran dan maulidur rasul. Majlis kesyukuran ini adalah di atas rahmat Allah S.W.T kerana sekolah mendapat bangunan baru 3 tingkat yang bernilai lebih dari RM 2 juta dan surau yang bernilai RM 160,000. Dalam ucapan di majlis tersebut, saya menekankan tentang kepentingan pendidikan dalam memajukan ummah dan dasar kerajaan sejak dari merdeka hingga sekarang dalam menentukan setiap rakyat mendapat pendidikan yang sepatutnya. Saya menyatakan bahawa kita rakyat Malaysia amat bertuah sekali kerana mempunyai kerajaan dan kepimpinan yang bertanggungjawab dan berpandangan jauh. Kita harus bersyukur kerana negara kita dalam keadaan aman damai dan makmur.
Berhubung dengan surau, atas permintaan pihak sekolah dan PIBG, saya telah berusaha untuk memberi bantuan pada mulanya (tahun 2008 sejumlah RM 10,000 dan kemudian memohon dari Kerajaan Persekutuan melalui projek PIA/PIAS. Alhamdulillah berkat doa semua dan usaha gigih serta rezeki murid-murid sekolah, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukkan sebanyak RM 120,000 bagi menyiapkan surau berkenaan.
Sebelah tengah hari, saya menghadiri kenduri kahwin anak dua pupu saya, Ku Mastura Ku Abdullah yang bertemu jodoh dengan anak Hj. Azizan Abdullah dari Gurun Jaya. Pada sebelah malamnya, saya bersolat Isyak di Masjid Nurul Iman, Titi Teras. Jawatankuasa masjid ini telah menganjurkan Ceramah Perdana Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Dato' As.Sheikh Hj. Badaruddin Hj. Ahmad, Mufti Negeri Kedah. Antara intisari ceramah, beliau mengatakan bahawa kita 'kalut' dengan pelbagai urusan harian, jangan pula kita lupa untuk memberi ruang kepada agama dan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.

Wednesday, March 17, 2010
Program Harian
15/03/2010 (Isnin) - Jam 9.30 pagi, saya berada di Lapangan Terbang Alor Setar untuk keberangkatan KDYMM Tuanku Sultan Kedah ke Kuala Lumpur. Dari Alor Setar, saya ke Pusat Khidmat Adun di Yan untuk bertemu seorang rakan Cina saya, Ah Hock yang meminta pertolongan untuk anaknya yang memperolehi keputusan yang sungguh cemerlang dalam peperiksaan SPM yang baru sahaja di umumkan. Anak perempuannya memperolehi 'A' dalam semua 12 matapelajaran yang diambil termasuk 5A+
Jam 2.00 petang saya ke Gurun Jaya untuk menghadiri kenduri kahwin anak perempuan Tn. Hj. Azizan Bin Abdullah dan Pn. Rokiah dengan anak lelaki kepada adik beradik saya di Yan. Hj. Azizan atau panggilan 'Bang Zan' adalah Ketua UMNO/Pengerusi JKKKP Gurun Jaya, AJK UMNO Jerai dan bekas kerani besar Pejabat Daerah Yan. Beliau adalah seorang pemimpin UMNO akar umbi yang telah begitu lama berkecimpung dalam politik serta banyak menabur jasa kepada UMNO dan masyarakat. Sungguhpun umurnya sudah menjangkau lebih 70 tahun, namun semangatnya untuk terus berjuang tidak pernah luntur. Generasi terdahulu seperti Hj. Azizan terlibat dan berjuang dalam UMNO dengan matlamat yang jelas demi agama, bangsa dan negara tanpa mengharapkan imbuhan untuk diri sendiri.
Selepas kenduri saya ke Giatmara Yan untuk mesyuarat JK pengajur Majlis Ceramah Ezam Mohd Noor yang akan diadakan pada 25 Mac nanti. Mereka yang terlibat termasuk pergerakan Pemuda UMNO bahagian Jerai, AJK UMNO Cawangan Sungai Yan dan beberapa orang ketua-ketua Cawangan UMNO yang lain.
Selepas jam 6.00 petang, saya ke Kampung Rendang Pasir,Yan untuk melawat 'ladang nenas' yang diusahakan oleh HJ. Shamsudin, Pengerusi JKKKP kampung berkenaan. Saya amat mengagumi sikap,semangat dan kesungguhan Hj. Shamsudin(panggilan bang Sudin) dalam memajukan taraf ekonomi diri dan keluarga. Sungguhpun sudah berjaya dalam bisnes pembelian getah skrap (salah seorang melayu yang berjaya dalam bisnes ini) dengan umurnya yang melebihi 70 tahun, tetapi masih mempunyai semangat yang kental untuk mengambil peluang bisnes yang dilihatnya berpotensi untuk dimajukan. Ladang nenas jenis 'moris' ini luasnya 2 1/2 relong dan ditanam dengan 35,000 pokok nenas. Ini adalah pusingan kedua projek ini diusahakan. Menurutnya pulangan penanaman nenas ini amat memuaskan kerana pasaran yang luas, harga jualan yang baik dan margin keuntungan yang tinggi. Sebenarnyaini adalah peluang baik bagi penduduk kampung untuk mengubah nasib mereka khususnya dalam bidang pertanian.

Tuesday, March 16, 2010
Program Harian (Kembara 1 Malaysia Yan-Endau)
12/3/2010 (Jumaat) - Di awal pagi saya ke Pantai Murni untuk majlis pelepasan Kembara 1 Malaysia Yan-Endau. Program ini dianjurkan oleh Dewan Usahawan Desa Negeri Kedah bertujuan menyatakan sokongan terhadap gagasan 1 Malaysia yang dianjurkan oleh YAB Perdana Menteri dan membina rangkaian rakan niaga di tempat-tempat yang dilawati. Keseluruhannya 14 buah kereta terlibat dalam kembara ini.
Selepas itu, saya menziarahi jenazah/solat jenazah ayah kepada Cik Anisah (Penolong Setiausaha Puteri UMNO Jerai) di Masjid Sg. Daun Tengah. Saya juga sempat meyertai gotong-royong yang dianjurkan oleh JKKKP Sg. Yan.
Jumaat kali ini, saya bersolat di masjid Jamek Badlishah Yan. Kemudiannya ke rumah Ismail (tukang perahu) rakan saya semasa di bangku sekolah rendah untuk tahlil dan kenduri arwah untuk ayahnya yang baru meninggal dunia. Selepas asar saya dijemput untuk majlis akad nikah adik kepada Ustaz Jamil (Pejabat Agama) di Masjid Jamek Yan. Saya juga ke rumah emaknya untuk jamuan makan.
Seterusnya saya ke rumah En. Arshad di Kampung Pauh, rumah En. Halim di Kampung Raga, rumah En. Harris Hassan di Taman Yan dan rumah Hj. Othman di Titi Teras. Keempat-empat mereka mengadakan kenduri kahwin pada keesokan harinya (13 Mac).

11/03/2010 (Khamis) - Sebelah pagi saya di Pusat Khidmat untuk bertemu dengan rakyat. Jam 12 tengah hari, saya menghadiri mesyuarat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Merbok/Yan. Saya menghadiri mesyuarat atas kapasiti saya sebagai Ahli lembaga Pengarah Pertubuhan Peladang Malaysia. Isu utama yang dibincangkan ialah pengambilalihan operasi kawasan pinggir MADA di Negeri Kedah oleh MADA. Keluasan kawasan padi yang terlibat ialah 445 hektar dan ia akan dilaksanakan pada tahun 2011.
Saya juga berkesempatan untuk bersama dengan warga Kolej Komuniti Guar Chempedak untuk satu majlis ramah mesra dan BBQ. Dalam ucapan saya yang ringkas, saya meminta agar pihak pengurusan kolej ini mendapatkan pandangan dan maklum balas masyarakat setempat dalam menentukan kursus yang akan ditawarkan.
Selepas solat Isyak, saya bertemu dengan dengan AJK JKKKP Kuala Sg. Yan di Dewan surau untuk beramah mesra dan sesi dialog dengan mereka.

Monday, March 15, 2010
Program Harian
10/3/10 - Hari ini adalah hari bertemu pelanggan di Pusat Khidmat Adun. Ramai juga yang datang menemui saya untuk mendapatkan khidmat dalam pelbagai bentuk. Ada yang datang untuk mendapatkan surat sokongan ataupun pengesahan untuk permohonan membina rumah baru, baik pulih rumah, rumah mesra rakyat, elaun sara hidup nelayan dan sebagainya. Ada juga yang bertemu saya untuk mendapatkan bantuan kebajikan masyarakat.
Satu majlis penyerahan bantuan kemiskinan bandar telah diadakan pada jam 3.00 petang di Dewan Masjid Jamek, Yan. Majlis ini diadakan bersama dengan Pejabat Pembangunan Negeri Persekutuan bagi menyerahkan wang bantuan kepada seramai 36 orang. Bantuan ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan Pusat (Barisan Nasional) untuk meringankan beban perbelanjaan yang ditanggung oleh penduduk bandar/pekan atau pinggiran bandar/pekan. Ia termasuk bantuan sewa rumah, bantuan anak sekolah (termasuk tambang bas) dan pesakit buah pinggang (kes dialisis).
Jam 6.00 petang, saya ke Kampung Ruat untuk bertemu dengan AJK UMNO cawangan Ruat dan menyampaikan ucapan. Pada ucapan yang menyentuh isu-isu politik semasa berhubung kepincangan dalam pakatan pembangkang dan keperluan ahli-ahli UMNO di semua peringkat merapatkan barisan.
Saya sempat bersolat Isyak di Masjid Kg. Ruat dan kemudian bertahlil arwah di rumah penduduk Kg. Ruat.

Subscribe to:
Posts (Atom)