Pages

Tuesday, March 16, 2010

Program Harian

11/03/2010 (Khamis) - Sebelah pagi saya di Pusat Khidmat untuk bertemu dengan rakyat. Jam 12 tengah hari, saya menghadiri mesyuarat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Merbok/Yan. Saya menghadiri mesyuarat atas kapasiti saya sebagai Ahli lembaga Pengarah Pertubuhan Peladang Malaysia. Isu utama yang dibincangkan ialah pengambilalihan operasi kawasan pinggir MADA di Negeri Kedah oleh MADA. Keluasan kawasan padi yang terlibat ialah 445 hektar dan ia akan dilaksanakan pada tahun 2011.



Saya juga berkesempatan untuk bersama dengan warga Kolej Komuniti Guar Chempedak untuk satu majlis ramah mesra dan BBQ. Dalam ucapan saya yang ringkas, saya meminta agar pihak pengurusan kolej ini mendapatkan pandangan dan maklum balas masyarakat setempat dalam menentukan kursus yang akan ditawarkan.







Selepas solat Isyak, saya bertemu dengan dengan AJK JKKKP Kuala Sg. Yan di Dewan surau untuk beramah mesra dan sesi dialog dengan mereka.



Monday, March 15, 2010

Program Harian

10/3/10 - Hari ini adalah hari bertemu pelanggan di Pusat Khidmat Adun. Ramai juga yang datang menemui saya untuk mendapatkan khidmat dalam pelbagai bentuk. Ada yang datang untuk mendapatkan surat sokongan ataupun pengesahan untuk permohonan membina rumah baru, baik pulih rumah, rumah mesra rakyat, elaun sara hidup nelayan dan sebagainya. Ada juga yang bertemu saya untuk mendapatkan bantuan kebajikan masyarakat.

Satu majlis penyerahan bantuan kemiskinan bandar telah diadakan pada jam 3.00 petang di Dewan Masjid Jamek, Yan. Majlis ini diadakan bersama dengan Pejabat Pembangunan Negeri Persekutuan bagi menyerahkan wang bantuan kepada seramai 36 orang. Bantuan ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan Pusat (Barisan Nasional) untuk meringankan beban perbelanjaan yang ditanggung oleh penduduk bandar/pekan atau pinggiran bandar/pekan. Ia termasuk bantuan sewa rumah, bantuan anak sekolah (termasuk tambang bas) dan pesakit buah pinggang (kes dialisis).








Jam 6.00 petang, saya ke Kampung Ruat untuk bertemu dengan AJK UMNO cawangan Ruat dan menyampaikan ucapan. Pada ucapan yang menyentuh isu-isu politik semasa berhubung kepincangan dalam pakatan pembangkang dan keperluan ahli-ahli UMNO di semua peringkat merapatkan barisan.

Saya sempat bersolat Isyak di Masjid Kg. Ruat dan kemudian bertahlil arwah di rumah penduduk Kg. Ruat.

Sunday, March 14, 2010

Majlis Pemimpin Bersama JKKKP Parlimen Jerai

7/03/2010 - Pada hari ini saya telah berpeluang untuk bertemu dengan semua JKKKP Parlimen Jerai di mana majlis ini telah di hadiri oleh para pemimpin di kawasan Parlimen Jerai. Majlis ini juga telah dihadiri oleh tetamu khas iaitu YB. Dato' Paduka Ahmad Bashah Bin Md. Hanipah iaitu Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah Merangkap Pengerusi KEDA. Ini adalah usaha yang baik dalam mengeratkan hubugan antara pemimpin atasan dan juga pemimpin kawasan. Majlis ini telah diadakan di Dewan Serbaguna Guar Chempedak.



Sunday, March 7, 2010

Program Harian

6/3/2010 - Sebelah pagi saya menziarahi kematian Hj. Wahab (ayah kepada Ketua Wanita Cawangan Gurun) dan En. Hj. Said , ayah Ismail tukang perahu di seberang Pekan Yan. Selepas itu, (11.00 pagi) saya ke Surau Kampung Sungai Udang untuk menghadiri majlis Maulidur Rasul dan menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan azan dan hafazan ayat-ayat Al-Quran.





Dari Sungai Udang, saya terus ke Kampung Teroi Bukit untuk kenduri dan penutupan program siswa bersama masyarakat. Program seperti ini amat baik sekali dalam memasyarakatkan mahasiswa mahasiswi agar mereka lebih memahami kehidupan, susah senang masyarakat desa.





Pada sebelah petang, saya menziarahi kematian Hj. Saad di Kampung Ruat dan menziarahi Pak Ali yang kurang sihat. Selepas itu, terus ke padang Pantai Murni untuk menyaksikan perlawanan bola sepak anjuran pergerakkan Pemuda UMNO bahagian Jerai antara pasukan Padang Lumat dan Batu 5 Jalan Jeniang.

Pada sebelah malamnya pula, saya berpeluang untuk solat isyak berjemaah dan menghadiri majlis Maulidur Rasul dan ceramah di Masjid Kuala Dulang Kechil. Saya juga menyampaikan bantuan bencana alam kepada penerima-penerima bagi pihak Majlis Keselamtan Negara.



Majlis Bantuan Penyerahan Rumah Dan Bantuan Asas Ekonomi

5/3/2010 - Sungguhpun hari jumaat adalah hari cuti bagi Negeri Kedah tetapi bagi wakil rakyat tidak ada bezanya antara hari cuti umum atau hari kerja biasa. Jika ada program, jemputan atau ada sesuatu yang perlu dilakukan, ia mesti dilaksanakan.
Pada 5 Mac 2010, iaitu hari jumaat lalu, jam 9.30 pagi, saya bersama KEDA telah menganjurkan majlis penyerahan program bantuan rumah dan bantuan asas ekonomi di Dewan Dato' Madi Yan. Seramai 47 orang telah menerima rumah baru yang bernilai RM 33,000, manakala 14 orang lagi mendapat bantuan baikpulih rumah yang bernilai RM 11,000 (maksimum mengikut keperluan). Keseluruhannya Kerajaan Persekutuan yang diterajui Barisan Nasional telah membelanjakan RM 1.7 Juta untuk tahun 2009 bagi membina rumah baru dan baikpulih bagi rakyat miskin di kawasan DUN Guar Chempedak sahaja. Di samping itu,, kerajaan BN juga melalui KEDA telah membantu rakyat miskin dalam mempertingkatkan taraf ekonomi mereka. Matlamatnya ialah agar mereka dapat keluar dari kancah kemisikinan dan berdiri tanpa bergantung kepada bantuan kerajaan semata-mata. Seramai 91 orang telah menerima bantuan daripada majlis hari ini. Keseluruhannya bagi tahun 2009, kerajaan BN telah membelanjakan lebih kurang RM 2.0 juta bagi program ini sahaja.





Hari jumaat kali ini, saya berpeluang menunaikan solat jumaaat di masjid Pekan Guar Chempedak. Ini adalah aktiviti mingguan saya menunaikan solat jumaat di masjid-masjid khususnya daalam DUN Guar Chempedak, secara bergilir-gilir. Bersolat secara berjemaah khususnya solat jumaat memberi peluang kepada saya untuk bertemu penduduk dan beramah mesra dengan mereka. Pada sebelah petang,saya turun ke padang Pantai Murni, Yan untuk menyaksikan perlawan bola sepak antara pasukan Kg. Raga dan pasukan Guar Chempedak anjuran pergerakkan Pemuda UMNO bahagian Jerai. Kemenangan telah berpihak kepada pasukan Guar Chempedak (2-1).

Di sebelah malam, saya ke surau Kampung Kuala Sungai Yan untuk bersolat Isyak berjemaah dan majlis Maulidur Rasul. Antara aktiviti majlis ini ialah marhaban. Saya sendiri bermarhaban bersama penduduk. Selepas selesai majlis Maulidur Rasul di surau Kampung Kuala Sungai Yan, saya terus ke Kampung Teroi Bukit untuk menghadiri aktiviti program siswa bersama masyrakat. 37 orang mahasiswa mahasiswi dari UUM telah menjadi anak angkat kepada keluarga penduduk Kg. Teroi Bukit selama 3 hari (4/3-6/3/2010).

Sambutan Maulidur Rasul 2010

4/3/2010 - Pada hari ini, saya berpeluang untuk menghadiri perarakan Maulidur Rasul Anjuran Jawatankuasa Masjid Jamek Badlishah Yan Besar. Perarakan yang bermula pada pukul 8 pagi telah disertai pelbagai agensi-agensi kerajaan, sekolah-sekolah, tabika dan juga sebagainya yang telah berpeluang bersama saya menyertai sambutan Maulidur Rasul ini. Saya berasa bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dapat menyambutnya. Perarakan ini bermula di tempat letak kereta Pantai Murni dan berakhir di Perkarangan Masjid Jamek Badlishah. Saya juga berpeluang menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang perarakan terbaik.





Wednesday, March 3, 2010

Mesyuarat Agung MIC Cawangan Guar Chempedak Kali Ke-24

27/02/2010 - Mesyuarat ini telah diadakan bertempat di Dewan Sekolah Rendah (J) Yang Kao di mana saya telah dijemput untuk merasmikan majlis tersebut.





Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2010

Pesta Wau 2010

24-28/02/2010 - Pesta wau yang julung-julung kali ini telah diadakan bertempat di Kampung Tengah Kuala Sungai Yan selama lima hari berturut-turut di mana saya telah merasmikan pesta tersebut pada 24/2/2010 dan menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang pada hari terakhir pesta wau. Pesta wau ini telah dianjurkan oleh pejabat saya sendiri dengan kerjasama Persatuan Belia Kampung Tengah Kuala Sungai Yan dan Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Jerai. Saya merasa bangga dan gembira dengan penganjuran pesta wau ini kerana inilah permainan tradisi kita sebagai masyarakat melayu yang perlu kita kekalkan sepanjang zaman. Saya juga berharap pesta wau ini dapat dijalankan setiap tahun dengan berjayanya dengan mengekalkan perpaduan selaras dengan gagasan 1 Malaysia. Selain pertandingan wau, diadakan juga acara yang lain seperti tarik tali, parut kelapa dan cabutan bertuah yang menyediakan hadiah yang lumayan kepada pemenang-pemenang.