22/3/2010 (Isnin) - Sebelah pagi, saya dikunjungi Tn. Hj. Nawawi, Timbalan Pengarah Tabung Haji Negeri Kedah dan 3 orang pegawai. Mereka datang untuk berbincang mengenai rancangan mengadakan kempen membuka akaun Tabung Haji bagi murid-murid sekolah menengah. Saya juga sempat menziarahi jenazah Bang Id, bekas Setiausaha JKKKP Kampung Singkir Darat yang meninggal dunia akibat sakit buah pinggang.
Selepas itu, saya bersama Ketua Pergerakkan Pemuda UMNO Jerai, Saudara Basorri dan Pegawai JKM Dearah Yan Pn Yusnita telah menziarahi Tn. Hj. Ahmad Arshad dan isteri di rumahnya di Kampung Singkir Genting. Tn. Hj. Ahmad bekas Pengerusi JKKKP selama 20 tahun telah ditimpa kemalangan jalan raya semasa menunggang motorsikal bersama isterinya. Akibat kemalangan ini kaki kanannya terpaksa dipotong oleh doktor di Hospital Sg. Petani. Saya amat bersimpati terhadap nasib yang menimpanya. Saya mengenalinya sejak 20 tahun yang lalu. Kata orang 'malang tidak berbau' dan ia boleh berlaku kepada sesiapa juga. Bagi pihak JKM, saya telah menyampaikan sebuah kerusi roda kepadanya.
Selepas asar seperti biasa mengambil peluang untuk melawat kampung. Kali ini saya ke Kampung Teroi Bukit untuk meninjau dan melawat 'ladang nenas' yang diusahakan oleh En. Rodzi, Pengerusi JKKKP Kampung Teroi Bukit.
Tugas wakil rakyat sebenarnya tidak ada waktu kerja yang tertentu. Selagi ada tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan selagi itulah detik jamnya berjalan. Pada sebelah malam, selepas isyak, saya menghadiri mesyuarat JK Penganjur ceramah oleh Saudara Ezam Mohd Noor (yang akan diadakan pada 25 Mac) di rumah Cikgu Shukor, Ketua UMNO cawangan Sungai Yan.
2 comments:
Tahniah dato,memang tugas YB kena melawat kawasan...bagus juga cara yang dibuat oleh YB tu,tetapi bila tengok YB kata mereka-mereka itu adalah bekas pemimpin UMNO yang berjuang dalam Jerai ni...teringat juga saya kepada arwah ayahanda saya yang juga bekas pelopor penubuhan cawangan semenjak tahun 1979 dan menjadi Ketua cawangan disitu yang sering dilupakan oleh kepimpinan UMNO Jerai dari dulu hingga kini.
Sepatutnya bekas-bekas Ketua cawangan samaada yang masih hidup atau pun yang telah menjadi arwah terus dihargai oleh kepinpinan UMNO Bahagian Jerai...tak lah nanti anak-anaknya bercakap pak aku perabih sisa hidup berjuang dalam UMNO sapa pun tak pandang...tak kan anak-anak nya nak perabih masa dalam UMNO?......
YANG mulia Dato',
Apa yang saya perkatakan di bawah ini tidak ada kena mengena dengan aktiviti harian Dato' tetapi tiada saluran lain yang dapat saya luahkan perkara yang menjadi kemusykilan seya dan ramai lagi yang lain. Harap Dato' tidak keberatan meneliti permasalahan ini.
Dato' mungkin sedar mengenai para peniaga buah-buahan di Guar Chempedak di sepanjang jalan menuju Yan. sedikit demi sedikit mereka meletakkan barangniaga mereka di atas jalanraya dan menutup terus ruang pejalan kaki.
Kalau ini dibiarkan, di mana orang ramai hendak berjalan kaki? Lebih buruk lagi bila ada pemilik kenderaan yang 'buta perut' berhenti di tepi gerai buah tersebut untuk membeli buah-buahan, terus mengganggu lalulintas.
Adakah para penguatkuasa tidak berdaya menjalankan tugas? Adakah kuasa lain yang membolehkan para peniaga ini berbuat demikian? Atau ada 'pemberian hadiah' kepada penguatkuasa PBT sehingga tiada tindakan diambil?
Hal ini telah berlarutan sejak 2 tahun yang lalu.
Harap Dato' dapat berbuat sesuatu.
Post a Comment