Pages

Tuesday, January 26, 2010

Majlis Konvensyen Eknonomi Negeri Kedah 2010

18/1/2009 - Majlis ini telah dianjurkan oleh Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM)di mana saya selaku Pengerusi GABEM. Majlis ini diadakan bertujuan membincangkan ekonomi semasa, halatuju pelaksanaan dan peruntukkan Bajet 2010 serta peluang-peluang perniagaan kepada usahawan-usahawan bumiputera Negeri Kedah. Majlis yang diadakan selama sehari ini telah diadakan bertempat di Dewan Persidangan UMNO, Bangunan Tunku, Alor Setar di mana saya telah menjemput Yang Berhormat Dato' Haji Hassan Bin Malik, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah yang juga wakil bagi pihak Yang Berhormat Dato' Seri Hj Mohd Shafiee Bin Hj Apdal bagi merasmikan majlis tersebut. Para jemputan yang menghadiri majlis ini terdiri daripada, Ahli Jawatankuasa GABEM Negeri Kedah, wakil UMNO Negeri Kedah, Agensi Kerajaan Persekutuan, Badan-Badan Berkanun, usahawan-usahawan, koperasi dan lain-lain lagi.





Monday, January 18, 2010

Majlis Bantuan Kepada Murid-Murid Miskin

16/1/2010 - Sempena bermulanya sesi persekolahan tahun 2010, saya terpanggil bagi menghulurkan bantuan kepada murid-murid sekolah yang miskin bagi meringankan beban ibu bapa mereka dalam menyediakan keperluan persekolahan. Majlis yang dianjurkan ini telah diadakan bertempat di Dewan Dato' Madi Yan. Seramai 200 orang murid miskin telah menerima bantuan ini dan saya berharap sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga penerima. Selain itu, usaha ini merupakan satu langkah yang baik dalam memajukan sistem pendidikan negara dimana hanya dengan pendidikan dapat merubah taraf rakyat. Selain itu, ianya juga mampu meninggkatkan taraf eknonomi penduduk. Inilah yang kita mahukan dalam merealisasikan hasrat Perdana Menteri kita Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Razak dalam mencapai "Satu Malaysia". Dalam majlis ini saya mendapat sokongan daripada semua pihak terutama JKKKP dalam membantu mencari murid-murid miskin dan melibatkan pelbagai kaum di kawasan saya.









Saturday, January 9, 2010

Lawatan Ke Sekolah Sempena Sesi Persekolahan 2010

3/1/2010 - Lawatan ke sekolah yang di hadiri oleh saya telah dilakukan di Sekolah Kebangsaan Husin Dol, Guar Chempedak sempena bermula sesi persekolahan 2010. Lawatan ini merupakan satu usaha yang baik yang mana dapat mendekatkan pelajar-pelajar dengan saya sebagai wakil rakyat dan saling mengenali antara satu sama lain. Saya berharap semoga pelajar-pelajar akan bertambah cemerlang dan berusaha untuk berrjaya dalam kehidupan. "Satu Malaysia"



Kursus Kerjaya Program Keusahawan Belia

2/1/2010 - Kursus kerjaya ini telah dianjurkan oleh Kelab Bell Belia Tamil Guar Chempedak yang dijalankan pada hari sabtu bertempat di Hotel Sapphire, Bedong. Majlis ini telah dihadiri saya bagi merasmikan perasmian penutup dan menyampaikan sijil kepada peserta yang mengambil bahagian. Dalam ucapan yang saya sampaikan, saya mengucap tahniah kepada penganjur atas dayausaha menjayakan program ini. Saya juga menekankan kepentingan pendedahan peluang-peluang kerjaya kepada belia-belia. Di samping itu, saya juga menasihatkan peserta agar menjadi "knowledge worker" (pekerja yang berilmu) yang sentiasa menimba ilmu dan meningkatkan kemahiran.





Wednesday, January 6, 2010

Majlis Graduasi GiatMara Negeri Kedah Zon Selatan

30/12/2009 - Majlis graduasi diadakan di Kelab Laguna Merbok yang mana saya telah dijemput bagi merasmikan majlis tersebut dan menyampaikan sijil tamat latihan kepada pelatih. Saya berharap, selepas tamat latihan ini, pelatih-pelatih dapat menggunakan ilmu yang mereka perolehi dengan sebaik mungkin dan di manfaatkannya.



Sumbangan Dan Peruntukkan

Saya selaku wakil rakyat terpanggil untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat kawasan yang memerlukan bantuan dan juga kepada badan-badan persatuan di kawasan saya bagi menggerakkan persatuan tersebut. Antara persatuan yang menerima bantuan tersebut adalah Parti MCA, Kelab Bell Belia Tamil dan Pemuda UMNO serta penduduk miskin.



Program Kembara "1 Malaysia" Pemimpin Bersama Masyarakat

26/12/2009 - Program Kembara "1 Malaysia" telah diadakan di Perkarangan Pejabat Adun Guar Chempedak, Kg. Setol, Kg.Perigi dan Kg. Pauh. yang dilangsungkan pada jam 7 pagi hingga 1 petang. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh saya sendiri selaku ADUN Guar Chempedak. Program ini bertujuan mempromosi dan menghebahkan program kerajaan dalam pembagunan desa, mengerat hubungan antara pihak kerajaan, pemimpin dengan masyarakat,di samping menggalakan penyertaan dan penglibatan aktif anggota masyarakat menyertai program kerajaan. Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang program ini berlangsung antaranya ialah kembara motorsikal ke Kg Pauh, pameran agensi kerajaan, gotong royong dan sebagainya. Dalam ucapan yang bertajuk Gagasan "1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" saya menyarankan agar pemimipin masyarakat mengutamakan rakyat melebihi kepentingan sendiri. Saya sendiri telah berusaha mendahulukan kepentingan rakyat melibihi kepentingan peribadi sendiri. Saya merasakan semua ini dapat membantu supaya masyarakat hidup dalam keadaan yang dalam amai damai.





Program Sehari Bersama Siswa Siswi Alumni Yan

23/12/2009 - Program Sehari Bersama Siswa Siswi Alumni Yan merupakan salah satu program yang dijalankan atas ajuran Persatuan Alumni Yan yang diadakan bertempat di Dewan Orang Ramai Kampung Pauh dan perkaragan Sekolah Kebangsaan Pauh. Program yang dijalankan selama sehari ini melibatkan empat buah kampung iaitu Kampung Pauh, Kampung Setul, Kampung Perigi dan Kampung Sungai Udang Atas. Saya telah dijemput merasmikan program tersebut serta menyampaikan hadiah kepada peserta-peserta program. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program ini berlangsung antaranya sesi suai kenal antara fasilitator dan peserta, latihan dalam kumpulan, sukaneka dan sebagainya. Dalam penyampaian ucapan yang saya berikan, saya merasa amat bangga dengan penganjuran program ini kerana usaha anak-anak daerah Yan berbakti di tempat kelahiran sendiri bagi membantu masyarakat berjaya dalam pelajaran serta kehidupan. Selain itu, usaha ini dapat mendekatkan mahasiswa kepada kehidupan masyarakat di daerah sendiri. Program yang telah saya hadriri ini berjaya menarik minat seramai 60 orang anak-anak penduduk kampung menyertai aktiviti yang dijalankan dan mendapat sokongan padu daripada penduduk kampung.