Pages

Tuesday, January 5, 2010

Majlis Perasmian Penutup Sukan Rakyat - Sukan Untuk Masyarakat

20/12/2009 - Majlis perasmian penutup sukan rakyat - sukan untuk masyarakat telah diadakan bertempat di Pekan Singkir Darat, pada jam 5 petang. Saya telah dijemput bagi merasmikan perasmian penutup majlis tersebut serta menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Majlis ini telah dianjurkan oleh Kelab Sukan Komuniti Singkir Darat yang menganjurkan pelbagai acara sepanjang program ini berlangsung antaranya ialah pertandingan mewarna, permainan tradisi seperti dam aji, batu selambut, galah panjang dan sebagainya. Pada sebelah petangnya pula diadakan sukaneka dan perasmian penutup serta penyampaian hadiah yang dihadiri oleh saya. Semasa perasmian penutup, dalam ucapan yang saya sampaikan, saya telah menyarankan agar acara seperti ini dapat diadakan berterusan dan menggalakkan aktiviti kesukanan serta menyemai nilai tradisi sukan-sukan tradisional agar kekal selama-lamanya.



No comments: