Thursday, December 31, 2009

Selamat Tahun Baru 1 Malaysia 2010

Pada jam 12:00 malam ini maka berakhirlah tahun 2009. Tahun 2009 akan meninggalkan kita dengan penuh kenangan. Ada pahit,ada yang manis. Bagi diri saya, yang manis lebih banyak dari yang pahit. Sepanjang Tahun 2009, saya telah mencuba sedaya upaya untuk memberi khidmat yang terbaik kepada penduduk kawasan dibawah tanggungjawab saya,Dewan Undangan Negeri Guar Chempedak. Banyak rumah PPRT yang berjaya dibina, rumah-rumah dhaif berjaya dibaik pulih dan ramai juga yang mendapat manfaat dari projek dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Semua ini mampu dilaksanakan atas kerjasama, hubunganbaik dan sokongan daripada agensi-agensi Kerajaan Pusat seperti KEDA, JKM, LKIM, Jabatan Perikanan dan lain-lain lagi. Tanpa sokongan mereka, tidak mungkin semua ini dapat dilaksanakan. Kepada semua ketua-ketua dan kakitangan agensi-agensi ini, saya ucapkan ribuan terima kasih.

Menjelang tibanya tahun 2010 ini, saya ingin mengucapkan selamat tahun baru 2010 kepada semua penduduk kawasan Dewan Undangan Negeri Guar Chempedak. Sama-samalah kita mendoakan semoga tahun 2010 menjadi tahun yang lebih baik dari 2009. Semoga negara kita Malaysia yang tercinta ini terus aman damai dan makmur.

SELAMAT TAHUN BARU 1 MALAYSIA 2010.

Wednesday, December 23, 2009

Bengkel Ko-Kaunselor Kepimpinan Muda 2009

Program ini berlangsung pada 10 - 11 /12/2009 iaitu pada hari Khamis dan Jumaat bertempat di Kampung Acheh Management Centre (KAMC), Yan Besar. Bengkel ini dianjurkan oleh Yayasan Nurul Yaqeen dengan kerjasama Pusat Khidmat ADUN Guar Chempedak. Objektif diadakan bengkel ini ialah:

* Memberi pendedahan kepada peserta asas-asas yang sebenar supaya dapat membantu menangani isu-isu kauseling setempat dengan menggunakan kemahiran kaunseling.
* Melahirkan sebuah keluarga yang dapat menggerakkan suasana yang kondusif di dalam keluarga serta jiran tetangga.
* Merancang strategi melalui program-program yang benar-benar meninggalkan kesan dan berfaedah
* Mewujudkan interaksi dan sebagai penggerak kepada mewujudkan kelompok masyarakat yang seimbang dari aspek jasmani, emosi,rohani, spiritual dan intelektual.

Bengkel ini telah dihadiri oleh 50 orang peserta yang terdiri daripada kalangan belia daerah Yan iaitu para pemimpin wanita, puteri dan pemuda UMNO, wakil-wakil belia dan wakil Persatuan Alumni Yan. Bengkel ini telah dikendalikan oleh penceramah terkenal iaitu Tuan Mohamed Maliki Bin Mohamed Rapiee yang bertugas sebagai Penolong Pendaftar Kanan,Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia. Majlis penutupan rasmi telah dilaksakan oleh saya. Saya telah memberikan sokongan yang padu sepanjang program ini berlangsung.



Majlis Ramah Mesra Bersama Anak-Anak Yan

8/12/209 - Majlis ini dijalankan kepada semua anak-anak Yan yang masih belajar atau telah menamatkan pengajian di universiti. Majlis ini diadakan bertempat di Dewan Rumah Budi Yan pada jam 3 petang. Saya telah dijemput untuk beramah mesra dengan semua anak-anak Yan. Tujuan sesi ramah mesra ini diadakan antaranya ialah untuk berkenalan antara wakil rakyat iaitu saya sendiri dengan siswa siswi yang sedang bercuti atau yang telah selesai pengajian. Selain itu, sesi ini juga merupakan satu medan untuk bertukar-tukar pandangan dan cadangan antara saya dan pelajar. Majlis ini juga merupakan majlis yang julung-julung kali diadakan di Daerah Yan. Seramai 50 orang siswa siswi Yan telah menghadirkan diri. Saya telah memberi ucapan dan respon terhadap segala permasalahan pelajar. Semasa menyampaikan ucapan, saya telah mencadangkan penubuhan Persatuan Alumni Siswa Siswi Daerah Yan. Ianya sebagai penggerak kepada semangat berpasukan dan aktif menjalankan aktiviti semasa cuti semester serta berusaha memajukan daerah sendiri. Semoga usaha yang saya lakukan ini berterusan dari semasa ke semasa.



Sunday, December 20, 2009

Majlis Berkhatan Beramai-Ramai

7/12/2009 - Majlis berkhatan beramai-ramai diadakan sempena cuti sekolah akhir tahun untuk anak-anak penduduk Desa Keda Sungai Udang iaitu pada hari Isnin, pukul 9 pagi bertempat di Dewan Tabika Kemas, Desa Keda Sungai Udang Yan. Majlis Berkhatan ini telah diajurkan oleh Jawatankuasa JKKKP Cawangan Desa Sungai Udang dan Belia (4B) Yan. Majlis ini telah disertai seramai 50 orang anak-anak penduduk kawasan tersebut dan saya dengan hormatnya telah menghadiri majlis ini dan merasmikannya. Saya telah memberikan sumbangan ikhlas untuk menjayakan program ini. Saya berharap, majlis ini dapat berterusan sepanjang cuti sekolah.





Program Anakku Permataku

5/12/2009 - Program Anakku Permataku telah dijalankan pada hari Sabtu bertempat di The Hotel Regency Alor Setar. Program ini dianjurkan oleh Yayasan Nurul Yaqeen dengan kerjasama Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Parlimen Alor Setar. Saya telah berkenan untuk merasmikan perasmian penutup program tersebut. Saya melihat program amat bermakna kerana objektif diadakan program ini seperti:

* Memberi pendedahan kepada golongan ibu bapa dengan ilmu dan maklumat untuk meneruskan rumahtangga dengan kaedah yang betul.
* Membimbing anak-anak mereka supaya menjadi insan yang seimbang dari segi perkembangan intelek, emosi, rohani dan jasmani.
* Melengkapkan golongan ibu bapa dengan teknik, kemahiran dan cara gaya keibubapaan terkini dan selaras dengan keperluan semasa.

Semasa menyampaikan ucapan, saya menyarankan agar semua hadirin mengekalkan hubungan kekeluargaan yang baik dan utuh supaya setiap keluarga dapat hidup dengan aman damai. Selain itu, saya juga menekankan pentingya pendidikan rumah tangga yang betul agar anak-anak berjaya dan cemerlang.





Wednesday, December 16, 2009

Majlis Restu S.P.M S.M.K Guar Chempedak 2009

15/11/2009 - Majlis Restu ini diadakan sempena menjelangnya peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2009 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Chempedak pada hari Ahad,pukul 9 pagi. Majlis ini dianjurkan oleh Risda dan Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Chempedak. Pihak Risda telah menaja kelas tambahan untuk pelajar-pelajar PMR dan SPM. Saya sendiri telah dijemput merasmikan majlis tersebut dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada pelajar-pelajar. Saya berharap semua pelajar dapat melakukan yang terbaik dalam peperiksaan SPM. Selamat berjuang saya ucapkan kepada semua pelajar yang akan mengambil peperiksaan dan lakukan yang terbaik demi kejayaan anda.


Monday, December 14, 2009

Majlis Perasmian Penutup Program Pembasmian Kemiskinan GiatMara

9/11/29/11/2009 - Program Pembasmian Kemiskinan Giat Mara diadakan bagi meningkatkan ekonomi penduduk miskin dengan menyediakan saluran keperluan yang betul bagi menambah pendapatan mereka. Majlis yang diadakan di Pendang Lake Resort merupakan anjuran Pusat Giat Mara Sik dan Jerai. Saya telah dijemput meyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis tersebut. Dalam ucapan yang saya sampaikan, saya menyarankan agar semua pihak mendapat manfaat daripada program ini dengan mengambil segala ilmu yang diberikan dan selalu mengamalkan sikap berdikari dalam menjalankan program ini. Selain itu, saya menggalakkan agar pihak yang terlibat dapat menggunakan dengan baik segala bantuan yang diberikan seperti peralatan, modal asas dan pelbagai bantuan lain supaya perniagaan dapat berkembang.



Majlis Perasmian Penutup Kempen Keselamatan Kebakaran

29/10/2009 - Majlis ini dianjurkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Negeri Kedah peringkat zon Sungai Petani pada hari Khamis bertempat di Dewan Dato' Madi, Yan Besar. Saya telah di undang untuk menyampaikan ucapan dan merasmikan majlis tersebut. Dalam ucapan ringkas yang saya sampaikan, saya menyarankan agar semua pihak dapat menggunakan peluang ini untuk mendapatkan maklumat mengenai Jabatan Bomba dan Penyelamat dan mengetahui cara-cara pencegahan keselamatan diri. Bak kata pepatah, lebih baik mencegah daripada mengubat.





Sunday, December 13, 2009

Majlis Bacaan Yasin Dan Doa Selamat Kepada Bakal Haji

20/10/2009 - Majlis ini diadakan bagi merahmati serta sumbangan kepada bakal-bakal haji yang akan menunaikan rukun Islam kelima tahun 2009. Majlis ini diadakan bertempat di Masjid Jamek Badlishah Yan Besar pada pukul 4 petang. Seramai 47 orang bakal jemaah haji yang terpilih telah dijemput bagi menjayakan majlis ini. Saya telah diundang untuk menjayakan majlis ini dan menyampaikan sumbangan ikhlas kepada bakal jemaah haji. Saya berharap semua bakal jemaah haji yang terpilih pada tahun ini dapat menyempurnakannya dengan sebaik mungkin dan mendapat haji yang marbrur.





Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2009

11/10/2009 - Jamuan hari raya ini diadakan bersempena kedatangan bulan Syawal yang disambut oleh semua umat islam. Jamuan yang dianjurkan oleh saya, bertujuan mengeratkan perpaduan dikalangan penduduk di kawasan saya. Majlis yang diadakan bertempat di perkarangan Pejabat ADUN Guar Chempedak ini telah dihadiri pelbagai lapisan masyarakat, dan juga rakan-rakan baik saya. Saya merasakan inilah salah satu peluang saya untuk mendekatkan diri kepada masyarakat kawasan saya dan juga mereka dapat mengenali saya dengan lebih baik.