Pages

Monday, August 29, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN SELAMAT HARI MERDEKA KE 54

Nampaknya bulan Ramadhan sudah hampir sampai ke penghujungnya. Kalau 30 Ogos di istiharkan hari raya, maka ia bererti 29 Ogos adalah hari terakhir umat islam di Malaysia berpuasa. Ia juga bererti kita berpuasa selama 29 hari. Begitu pantas rasanya masa berlalu. Bulan ramadhan Murbarak akan meninggalkan kita dan fajar syawal akan menjelma. Semoga segala ibadah puasa dan amalan baik kita di bulan Ramadhan ini diterima oleh Allah SWT.

Kepada semua umat islam, saya dan isteri mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin. Sempena menyambut kemerdekaan, saya juga mengucapkan Selamat Menyambut Kemerdekaan kali yang ke 54.
PROGRAM AGIHAN BANTUAN DAN BERSOLAT DI SURAU TAMAN GURU/TAMAN PULAU BUNTING

Pada 28 Ogos, sehari suntuk saya bersama Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerai, Sdr Bassori Abu Hassan serta AJKnya turun ke padang untuk bertemu dan memberi bantuan kepada penduduk miskin yang terlantar akibat sakit atau usia tua dalam kawasan DUN Guar Chempedak. Ketua Wanita UMNO bahagian Jerai, Pn Khalijah Arshad turut serta. Program bermula jam 9.30 pagi di Singkir Genting dan berakhir lebih kurang jam 3 petang di Batu 18, Sungai Baru. Seramai 23 orang penerima bantuan terlibat dalam program ini. Bantuan yang diberikan ialah dalam bentuk wang dan bungkusan makanan. Tujuan program ini diadakan ialah untuk memastikan mereka-mereka yang terlantar tidak dilupakan terutamanya semasa musim perayaan. Ini kerana mereka tidak berkemampuan untuk sampai ke majlis-majlis penyampaian bantuan yang diadakan.

Sebelah malamnya, saya sempat bersolat terawih di surau Taman Guru/Taman Pulau Bunting, tempat saya tinggal.



Saturday, August 27, 2011





MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN KEPADA BAKAL PELAJAR IPTA DAN MISKIN, BANTUAN ZAKAT KEPADA FAKIR MISKIN, MAJLIS BERBUKA PUASA DI KAMPUNG RAGA & MAJLIS BANTUAN

27 Ogos adalah hari yang agak sibuk bagi diri saya. Sebelah paginya (10 pagi), saya dijemput untuk menghadiri dan memberi ucapan di Majlis Penyampaian Bantuan kepada bakal-bakal pelajar IPTA dan penduduk miskin anjuran JASA. Sebelah petangnya memberi zakat dan bantuan kepada fakir miskin bagi Zon Yan, DUN Guar Chempedak. Seramai 130 orang penerima bantuan dan JKKKP hadir di majlis berkenaan.

Hari ini juga, saya menganjurkan majlis berbuka puasa di Surau Kampung Raga. Saya juga menyampaikan bantuan kepada 22 orang penduduk miskin Kampung Raga.

Kemudian, bersolat isha' dan terawih di Surau Kampung Teroi Bukit. Selepas itu, ke Surau Sungai Udang untuk menyampaikan kain batik kepada 16 orang peserta tadarus. Seterusnya ke Surau Kampung Perupok untuk majlis penyampaian bantuan.






MENZIARAHI DAN MEMBERI BANTUAN KEPADA PENDUDUK MISKIN BERSAMA JASA DAERAH YAN DAN NEGERI KEDAH & MENGHADIRI MAJLIS BERBUKA PUASA

Pada sebelah petang 26 Ogos, bersama JASA daerah Yan dan negeri Kedah, saya turun padang nenziarahi dan memberi bantuan kepada penduduk miskin khususnya di kawasan Sungai Yan dan Taman Setia Jaya. En Anuar Hj Roze, Pengarah JASA negeri dan Puan Naemah Nordin dari JASA daerah Yan hadir sama dalam lawatan berkenaan.

Pada 26 Ogos juga, saya menghadiri majlis berbuka puasa anjuran UMNO bahagian Jerai di Modenas Gurun.


MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN PAKAIAN BAJU RAYA DAN MAJLIS BERBUKA PUASA & SOLAT DI RUMAH CIKGU MD ZAIN

Pada 24 Ogos, berada di ANEKA Gurun untuk Majlis Penyampaian Bantuan Pakaian kepada anak-anak yatim anjuran UMNO Bahagian Jerai.

Pada 24 Ogos, 11 pagi, menghadiri Majlis Penyampaian Pakaian Baju Raya kepada murid-murid dari keluarga miskin di SK Teroi. Majlis ini adalah anjuran PIBG SK Teroi yang mana YDP ialah Pn Hafizatulnisah Md Isa. Sebagai ADUN kawasan ini, saya memberikan sejumlah peruntukan untuk membeli kain-kain untuk membuat pakaian bagi murid-murid yang terpilih.

Sebelah petang, saya berbuka puasa dan solat maghrib di rumah Cikgu Md Zain, Jeniang bersama ketua-ketua dan ahli-ahli UMNO sekitar Jeniang. Ini adalah program tradisi yang saya anjurkan bersama Cikgu Md Zain. Ketua UMNO cawangan Jeniang.
MESYUARAT JK PENGANJUR JAMUAN RAYA DAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN DAN BERBUKA PUASA & BERSOLAT DI MASJID KAWASAN DUN GUAR CHEMPEDAK

Pada 23 Ogos, saya mempengerusikan Mesyuarat JK Penganjur Jamuan Raya dan Sambutan Kemerdekaan di GIATMARA Yan.

Berbuka puasa dan solat maghrib di Masjid Yan. Majlis berbuka puasa ini adalah anjuran Dato' Paduka Badaruddin Amirulddin, bekas Ahli Parlimen Jerai dan adinda saya, Ku Abd Razak. Selepas itu, bersolat isha' dan terawih di Masjid Singkir Laut.


Tuesday, August 23, 2011


MENYAMPAIKAN UCAPAN DAN BANTUAN PENERIMA-PENERIMA JKM, BERKUNJUNG KE BAZAR RAMADHAN DAN BERBUKA PUASA & BERSOLAT DI SURAU KAWASAN DUN GUAR CHEMPEDAK

Pada 22 Ogos, atas jemputan JKM, saya memberi ucapan dan menyampaikan bantuan kepada penerima-penerima bantuan JKM di PDK Yan. Seramai lebih 300 orang penerima bantuan bulanan JKM dari pelbagai katergori; ibu tunggal, orang tua, kanak-kanak sekolah dan anak-anak istimewa di bawah jagaan PDK Yan hadir untuk menerima bantuan masing-masing. Lebih RM 100,000 telah disumbangkan oleh JKM kepada yang layak bagi setiap bulan. Jadi, dalam tempoh setahun, Kerajaan Persekutuan terpaksa membelanjakan lebih RM 1.2 juta untuk bantuan bagi daerah Yan sahaja. Sesungguhnya, dah lama dah Kerajaan BN mengamalkan konsep kepada rakyat, tidak seperti pihak pembangkang khususnya PAS yang kononnya mahu mewujudkan negara berkebajikan. Bagi saya, ini hanya retorik politik semata-mata bagi mengelak diri dari menyebut matlamat penubuhan negara islam kerana takut kepada DAP.

Dalam ucapan, saya menekankan betapa rakyat Malaysia bertuah kerana hidup dalam sebuah negara yang aman damai dan makmur. Rakyat negara lain seperti Somalia umpamanya hidup dalam keadaan yang memeritkan sehingga ramai yang mati kebuluran.

Pada sebelah petang, saya berkunjung ke Bazar Ramadhan Singkir Laut untuk bertemu, beramah mesra dan membeli juadah. Berbuka puasa dan solat maghrib di Surau Kampung Raga dan selepas itu, bersolat isha' dan terawih di Surau Taman Setia Jaya.


MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN WANG PEMBELIAN BAJU RAYA, KENDURI BERBUKA PUASA DAN BERSOLAT DI MASJID TEROI

Pada 21 Ogos, sebelah petang, saya menghadiri Majlis Penyampaian Bantuan Wang Pembelian Baju Raya kepada anak-anak yatim anjuran UMNO Bahagian Jerai di Pusat Membeli Belah, ANEKA, Gurun. Kemudian menziarahi kematian arwah Cikgu Norma, di Hospital Yan, guru SK Dulang Kechil yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

Pada hari ini, 21 Ogos saya menganjurkan kenduri berbuka puasa di Masjid Yan. Sepertimana saban tahun, saya tidak mahu 'miss' membuat kenduri berbuka puasa di Masjid Yan. Ramai juga yang hadir berbuka puasa pada hari tersebut. Selepas solat maghrib, saya ke Masjid Teroi untuk bersolat isha' dan terawih.
KONVENSYEN MEMPERKASA MODEL BARU EKONOMI

Pada 19 Ogos, saya menghadiri Konvensyen 'Memperkasa Model Baru Ekonomi : Satu Jihad Ekonomi Bumiputera' di UITM, Shah Alam, yang dirasmikan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia. Perasmian penutup dilakukan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri pada 20 Ogos. Resolusi Konvensyen telah disampaikan kepada YAB TPM selepas perasmian penutup.

Sunday, August 14, 2011

MESYUARAT JK PDK YAN, MENGUNJUNGI BAZAR RAMADHAN GUAR CHEMPEDAK DAN MAJLIS BERBUKA PUASA & BERSOLAT DI MASJID JAMEK, YAN

Pada 14 Ogos, 10 pagi, saya mempengerusikan Mesyuarat JK PDK Yan di Sungai Yan. Mesyuarat membincangkan tentang kedudukan kewangan serta aktiviti-aktiviti yang telah dan akan dilaksanakan. Antara aktiviti yang akan dilaksanakan ialah Jamuan Hari Raya Aidilfitri yang akan diadakan pada 21 September dan majlis khatam untuk anak-anak PDK yang akan diadakan pada 21 Oktober yang akan datang.

Pada sebelah petang, 14 Ogos, saya bersama rakan-rakan (Salimat dan Zainol) mengunjungi bazar Ramadhan Guar Chempedak. Tujuannya ialah untuk beramah mesra dengan peniaga-peniaga dan pelanggan-pelanggan bazar berkenaan sambil membeli kuih-muih.

Pada hari ini, saya berbuka puasa dan solat maghrib bersama Tuan Sheikh Roslan, Imam Besar Masjid Jamek, Alor Setar dan qariah Masjid Jamek Yan yang lain. Saya memilih Masjid Jamek Yan untuk bersolat isha' dan terawih pada malam ini kerana meraikan Tuan Sheikh Roslan, sahabat lama saya.


Saturday, August 13, 2011

BERBUKA PUASA DAN BERSOLAT DI MASJID/SURAU SEKITAR KAWASAN DUN GUAR CHEMPEDAK & MENYAMPAIKAN SUMBANGAN

Pada 13 Ogos, saya berbuka puasa dan bersolat Maghrib di Masjid Titi Teras. Kemudian, bersolat Isha' dan Terawih di Surau Kampung Sungai Belida. Saya juga memberi sedikit sumbangan kepada masjid Titi Teras dan Surau Kampung Sungai Belida.
MENZIARAHI ORANG SAKIT, BERBUKA PUASA DAN BERSOLAT DI MASJID KAWASAN GUAR CHEMPEDAK & MENGHADIRI MAJLIS TAHLIL

Pada 12 Ogos, bersolat jumaat di Masjid Teroi. Sebelah petang, menziarahi Abang Din (Shamsudin Mat), Pengerusi JKKKP Kampung Pauh di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani. Abang Din telah di bedah ususnya untuk membuang 'benda asing'. Berbuka puasa dan solat Maghrib di Surau Taman Perumahan Awam, Pantai Murni. Bersolat Isha' dan Terawih di Surau Kampung Raga, kampung saya sendiri. Selepas solat terawih ke rumah arwah Bang Saad Rela untuk majlis tahlil. Semoga roh Bang Saad di rahmati Allah SWT. Amin.
MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI

Pada 11 Ogos, saya menghadiri majlis berbuka puasa jemputan YAB Timbalan Perdana Menteri di PWTC.
MENZIARAHI KEMATIAN, BERJUMPA RAKYAT DAN MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA YAB PERDANA MENTERI

Pada 9 Ogos, menziarah jenazah Pak Mad di Pantai Murni. Kemudian, ke Pusat Khidmat ADUN untuk berjumpa rakyat dan menandatangani banyak borang-borang permohonan terutamanya permohonan elaun nelayan dan wang pendahuluan memasuki IPTA, Sekolah Asrama Penuh dan lain-lain lagi. Tengahari dalam jam 1.30, bertolak ke Kuala Lumpur untuk majlis berbuka puasa oleh YAB Perdana Menteri di Seri Perdana, Putrajaya. Ini adalah majlis yang dianjurkan oleh YAB Perdana Menteri setiap tahun. Ia bermula dengan majlis berbuka puasa hingga solat maghrib, solat isha' solat terawih dan moreh.


MESYUARAT FOKUS GROUP DAN BERBUKA PUASA & BERSOLAT DI MASJID KAWASAN DUN GUAR CHEMPEDAK

Pada 8 Ogos, jam 11.00 pagi, saya menghadiri Mesyuarat Fokus Group di Pejabat Pembangunan Negeri Zon Yan/Kuala Muda, Sungai Petani. Sebelah petang, berbuka puasa dan solat maghrib di Masjid Jamek Yan. Seterusnya bersolat Isha' dan terawih di Masjid Guar Chempedak. Saya juga memberi sumbangan kepada masjid berkenaan.


Monday, August 8, 2011

Saturday, August 6, 2011

MAJLIS PERASMIAN EKSPO KOPERASI DAN BAZAR RAMADHAN

Pada 5 Ogos, sebagai Pengerusi Majlis Perundingan Koperasi Kedah, saya menghadiri dan memberi ucapan di Majlis Perasmian Ekspo Koperasi Dan Bazar Ramadhan anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Negeri Kedah di hadapan Tesco Mergong di Alor Setar. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB. Dato' Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah, Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah merangkap Pengerusi KEDA. Majlis berbuka puasa diadakan selepas itu.


PROGRAM KEMBARA MERDEKA RAMADHAN

Pada 4 Ogos, hari puasa ke-4, sebelah petangnya, saya menghadiri dan merasmikan Program 'Kembara Merdeka Ramadhan' anjuran Jabatan Penerangan Daerah Yan di Masjid Jamek, Yan. Ini adalah program untuk menyambut bulan kemerdekaan yang secara kebetulan jatuh pada bulan Ramadhan. Antara yang hadir ialah Penolong Pegawai Daerah Yan, En Rizal, Pegawai Penerangan Yan, En Amran, Tuan Imam Masjid, Tuan Haji Ku Shuib dan AJK masjid serta ramai lagi termasuk Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan, pemimpin-pemimpin masyarakat, anak-anak rumah BUDI dan konvoi kelab kereta Proton dan Kancil Kedah. Di majlis ini, bubur kanji dan bantuan kepada yang memerlukan telah disampaikan. Bendera Malaysia juga tela diberikan kepada semua Ketua-Ketua Jabatan dan semua yang hadir. Majlis diakhiri dengan Tazkirah Ramadhan oleh Ustaz Hj Mutalib, Pegawai Pejabat Agama Yan dan tahlil dipimpin oleh Tuan Imam Masjid. Selepas berbuka puasa dan solat maghrib, saya ke Masjid Kampung Pauh untuk solat Isha' dan solat Terawih.



BERBUKA PUASA DI MASJID JAMEK, YAN DAN BERSOLAT ISHA' & TERAWIH DI MASJID KAMPUNG KEDA, SUNGAI UDANG

Pada hari ke-3 iaitu 3 Ogos, sekali lagi saya berbuka puasa di Masjid Jamek, Yan dan selepas itu solat isha' dan terawih di Masjid Kampung KEDA, Sungai Udang. Sudah menjadi amalan saya di bulan Ramadhan setiap tahun sejak menjadi wakil rakyat, bersolat isha' dan terawih di sebanyak mungkin masjid dan surau-surau kawasan DUN Guar Chempedak. Inilah masa yang terbaik untuk bersama dan beramah mesra dengan seramai mungkin penduduk.
BERBUKA PUASA DI MASJID JAMEK, YAN DAN SOLAT TERAWIH DI MASJID KAMPUNG RUAT.

Pada hari kedua, saya berbuka puasa di Masjid Jamek, Yan, bersama dengan Tuan Imam, Tuan Haji Ku Shuib dan kariah-kariah masjid yang lain. Selepas itu, saya ke Masjid Kampung Ruat untuk solat isha' dan solat terawih.
Seperti kebiasaan setiap tahun, hari pertama bulan ramadhan, saya bersahur dan berbuka puasa bersama keluarga; isteri saya, Halimah, anak-anak saya, Ku Hazran dan Ku Reza dan sekarang ini termasuk menantu saya Hirliana serta kedua-dua cucu saya, Ku Haziqah dan Ku Herezqi. Kali ini kami berbuka di rumah kami di Ara Damansara, Petaling Jaya.
Pejam celik, pejam celik, sudah masuk hari ke -5 kita berpuasa. Setiap kalinya bulan puasa, saya teringat memori silam sewaktu kanak-kanak dulu. Banyak perkara yang menjadi ingatan saya yang tak akan hilang dek zaman. Pertamanya, juadah berbuka puasa; masakan emak yang masih terasa enaknya sehingga ke hari ini. Gulai ikan tumisan emak saya bagi saya adalah yang paling sedap. Kemudian teringat masa berpuasa, tekak kering sekali kerana meludah sepanjang masa. Sebelah petangnya, saya menutup tingkap-tingkap rumah saya supaya nampak gelap dan bila gelap rasa macam waktu berbuka puasa dah tak lama lagi (ini sewaktu kecil-kecil, darjah 2 dan 3). Sebelah malam dalam pertengahan bulan ramadhan, sewaktu dalam tingkatan 1-3, saya anjurkan pertandingan Quran (sekarang dipanggil Tilawah Quran) di kalangan kanak-kanak di Kampung Raga. Platform untuk Qari membaca Quran dihiaskan cantik dengan pelita minyak gas. Saya juga mengambil peranan sebagai pengerusi hakim pertandingan. Seingat saya, setiap tahun, adik saya, Ku Halim terpilih menjadi johan Qari. Di kalangan kanak-kanak tak ramai yang solat terawih tetapi kebanyakan akan berada di surau di peringkat akhir solat bersiap sedia untuk makan moreh. Memori silam ini membuatkan saya rasa terharu, sebak sayu, sedih, gembira dan pelbagai lagi perasaan terutamanya bila teringatkan ayah, emak dan adik beradik. 'Hari itu sudah berlalu' bak kata-kata Dato' Zam (Dato' Zainuddin Maidin - bekas Menteri Penerangan) dalam buku tulisannya. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat keatas roh kedua-dua ibu dan ayah saya.