Pages

Monday, November 14, 2011

Pada 14 November, jam 9.30 pagi saya mempengerusikan majlis Perundingan Koperasi negeri Kedah di Hotel Darulaman, Bandar Darulaman diikuti dengan lawatan ke Hospital bersalin milik koperasi Guru-Guru negeri Kedah. Selepas itu menghadiri mesyuarat Pre Council sidang DUN ADUN-ADUN BN di bahagian UMNO Alor Setar. Kemudian ke surau Kampung Raga untuk solat jenazah arwah Bakar Tok Man. Selepas solat jenazah arwah Bakar saya dijemput merasmikan program Integrasi Ilmu: usahawan jiran muda 1Malaysia (memperkasakan jiran muda) anjuran Pejabat Perpaduan Daerah Yan di Puteri Ayu, Yan. Program dihadiri oleh100 orang murid tingktan 3 dan tingkatan 4 seluruh daerah Yan.

Malamnya bersolat Isya' di surau Kampung Raga dan selepas itu kerumah kakak arwah Bakar untuk baca huulhu untuk arwah Bakar. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah swt.



Pada 13 November, menghadiri Hari Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan Langkasuka. Majlis ini dirasmikan oleh isteri saya Prof Dato' Dr Halimah Badioze Zaman. Selepas itu, ke Kem Singkir untuk merasmikan penutup Kem Perkhemahan Kurikulum Perpaduan 1Malaysia anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Kedah. Program ini dihadiri oleh 200 orang peserta tingkatan 3 pelbagai kaum dari seluruh negeri Kedah. Dalam ucapan, saya menekankan betapa pentingnya perpaduan rakayat Malaysia bagi menjamin masa depan yang cerah bagi negara kita Malaysia. Saya juga sempat menziarahi jenazah Allahyarham Tn Hj Hamid, imam masjid Kampung Pauh yang meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya pada petang hari sebelumnya. Allahyarham adalah seorang yang baik budibahasa dan sentiasa menunjukkan kemesraannya. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah swt.


Pada 10 November 2011, jam 9.00 pagi saya hadir dan merasmikan Hari Anugerah Cemerlang di Sekolah Kebangsaan Guar Chempedak. Dalam ucapan saya, selepas Tuan Guru Besar, Cikgu Mohd Nor, saya telah menekankan tentang kepentingan pendidikan dalam mengubah nasib bangsa dan dasar kerajaan yang memberikan fokus terhadap pendidikan sejak merdeka hingga sekarang. Dasar ini telah terbukti berjaya.

Pada sebelah malamnya saya bersolat Maghrib dan Isya' serta membaca yasin dan tahlil disurau IPD Yan bersama warga IPD Yan. Turut hadir ialah Ketua Polis Daerah, Tuan DSP Ismail Abu dan Tuan Rauf Ketua Cawangan KHAS. Selepas Isya' makan kenduri lembu korban.

Thursday, November 10, 2011


9 November- saya menerima jemputan untuk merasmikan Majlis Konvokesyen Kanak-kanak Tabika Kemas Daerah Yan di Sekolah Menengah Agama Yan. Seramai 1000 orang kanak-kanak Tabika dari 44 buah Tabika Kemas seluruh Daerah Yan hadir untuk menerima sijil dan beg sekolah masing-masing. Di samping itu lebih dari 1000 orang ibu bapa hadir sama menemani anak masing-masing. Majlis amat meriah sekali. Dalam ucapan perasmian saya menyentuh tentang pentingnya pendidikan bagi menjamin masa depan anak bangsa dan negara Malaysia tercinta. Saya juga menyatakan tentang dasar kerajaan Malaysia yang begitu jelas dalam membina modal insan negara. Tahniah dan syabas! Saya ucapkan kepada Kemas Daerah Yan khususnya Pn. Hjh Zainab Awang , Penyelaras Pra Sekolah Kemas Yan yang saban tahun berjaya menganjurkan Mini Konvekesyen Tabika Kemas. Terima kasih juga atas kesudian menjemput saya.
Pada 7 November, saya menghadiri majlis korban dan kenduri di Kampung Singkir Genting. Mereka mengorbankan 2 ekor lembu termasuk seekor yang saya berikan. Semua kampung dalam zon singkir, Singkir Genting, Singkir Badong, Singkir Darat, dan Singkir Laut terlibat dalam program korban ini. Selepas itu menghadiri kenduri kahwin di Kampung Raga dan Kampung Setoi.

Monday, November 7, 2011

Pada 6 November iaitu hari raya korban selepas solat sunat Aidiladha di masjid Jamek Yan, saya dan keluarga (termasuk dua orang cucuanda) berada di tiga buah kampung iaitu Kg.Permatang Chengal, Kg.Raga dan Kg.Ruat untuk majlis korban dan makan kenduri. Di kampung Ruat saya dijemput untuk makan kenduri anjuran JASA Kedah. Pada tahun ini saya menyediakan 5 ekor untuk ibadah korban dan diagihkan kepada Kg.Bt18, Sg.Baru, Kg.Permatang Chengai, Kg. Raga, Kg. Singkir Genting dan IPD Yan.
Pada 4 November, merasmikan perasmian sepak raga tuju di kampung Teroi Bukit, anjuran Pusat Khidmat Guar Chempedak dan JKKKP kg. Teroi Bukit. Sambutan amat baik sekali. Sejumlah 60 pasukan dengan seramai 300 orang peserta mengambil bahagian. Dalam majlis yang sama, saya menyampaikan walkie talkie kepada pasukan RELA Teroi Bukit, Pasukan RELA Kg. Titi Teras dan Rukun Tetangga (KRT) Guar Chempedak.
Pada 3 November, menghadiri dan mempengerusikan mesyuarat JK Jamuan Makan Malam Persatuan ALUMNI Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim di kampus UUM KL.
Pada 31 hingga 2 November, berada di Sabah untuk mesyuarat JK Audit, Lembaga Pertubuhan Peladang dan lawatan ke beberapa projek perasmian Pertubuhan Peladang Kawasan(PPK) Tawau dan Semporna. Oleh kerana Pengerusi JK Audit LPP (yang juga Yang Dipertua NAFAS), Tan Sri Rashid tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang tak dapat di elakan, saya telah diminta untuk mempengerusikan mesyuarat berkenaan yang di adakan di Pejabat PPK Semporna. Ada beberapa pemerhatian saya yang menarik dalam lawatan berkenaan. Pertamanya lawatan di ladang kelapa sawit, (200 ekar), kolam ikan (60 ekor) dan ternakan kambing yang diusahakan oleh Peladang Jaya 2009, Tuan Haji Shamsudin. Saya amat kagum dengan kegigihan dan ciri-ciri keusahawanan yang ditunjukkan oleh Hj Shamsudin ini. Kejayaan Hj Shamsudin membuktikan dengan jelas bahawa usahawan Bumiputera mampu berjaya seperti orang lain juga, jika segala ciri-ciri positif dalam menjalankan apa-apa juga bidang di praktikan dengan baik dan penuh komitmen. Keduanya ialah projek Rumpai Laut yang diusahakan oleh PPK Semporna yang amat berjaya. Kawasan Laut Semporna adalah pengeluar terbesar rumpai laut negara kerana kesesuaian air lautnya. Kami juga sempat melawat Ladang Lembu Tenusu yang diusahakan oleh seorang bumiputera Sabah yang dianggap berjaya.
Pada 30 oktober-Menziarahi jenazah arwah Kak Om, kakak ipar Pn. Hjh Khadijah Arshad, Ketua Pergerakan Wanita Jerai di Kg Singkir Darat. Selepas itu membuat lawatan dan memberi bantuan ke lapan buah rumah fakir miskin dan warga emas di kawasan Kg Singkir Darat, Singkir Genting dan Kg Raga dibawah program JASA perihatin.
Kemudian menghadiri program mesra Jiran, anjuran JASA di kg.Pantai Murni.
Pada sebelah malamnya menghadiri Program 1Malaysia anjuran JASA di perkarangan Pusat Khidmat ADUN Guar Chempedak, Yan.
Pada 27 oktober, saya menghadiri mesyuarat Lembaga Pengarah, Lembaga Pertubuhan Peladang, di Ibu Pejabat LPP, Pusat Bandar Damansara, Kuala Lumpur.
Disebelah Petang saya menghadiri mesyuarat PENSONIC BHD di Pulau Pinang.


Pada 25 oktober, saya bersama Pn.Naemah Nordin, Pegawai JASA, Yan telah membuat lawatan dari rumah ke rumah masyarakat India(miskin dan warga emas) di kawasan Guar Chempedak untuk memberi bantuan sempena sambutan perayaan Deepavali.
Pada 24 oktober, menghadiri majlis Perasmian MyAgrosis oleh YB Menteri Pertanian dan Asas Tani di UITM Merbuk. Program ini dianjurkan bersama oleh FAMA dan UITM.
Pada sebelah malamnya saya menghadiri majlis makan malam sempena ulangtahun ke-30 KEDA di Dewan MBAS.
Pada 23 oktober saya dan isteri menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan Dato Ku Jaafar, Ketua Pengarah IDFR (Institude Diplomatic and Foreign Relation) Kementerian Luar Negeri di Dewan Puspanita, Putrajaya.

Perth, Australia


Pada 15-20 Oktober, saya dan isteri membuat lawatan ke Perth, Australia.
Pada 13 Oktober saya menghadiri majlis pelancaran Projek Estet Padi di Kubang Sepat, Jerlun oleh YB Dato, Seri Noh Omar, Menteri Pertanian dan Asas Tani.



Pada 12 oktober - Menghadiri, dan merasmikan program berkhatan beramai-ramai sebanyak 8 orang kanak-kanak istimewa di PDK Yan. Sungguhpun pada mulanya menghadapi berbagai cabaran tetapi akhirnya semua berjalan lancar. Alhamdulilah. Di kesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kapada semua yang menjayakan program ini, Hospital Yan, Bomba, Mesyuarat Kg.Ruat, AJK PDK, JKM Yan, kakitangan PDK dan semua yang menghadiri program berkenaan.
Pada 11 oktober, 8.30 malam, mempengerusikan GABEM negeri Kedah di Pejabat Gabem, Alor Setar.
8 Oktober- Berada di Melaka untuk majlis akikah cucuanda KuHerezki. Majlis ini diadakan di runah besan saya, Dr.Mohd Tahir. Alhamdulilah, semuanya berjalan dengan lancar.