Thursday, November 10, 2011


9 November- saya menerima jemputan untuk merasmikan Majlis Konvokesyen Kanak-kanak Tabika Kemas Daerah Yan di Sekolah Menengah Agama Yan. Seramai 1000 orang kanak-kanak Tabika dari 44 buah Tabika Kemas seluruh Daerah Yan hadir untuk menerima sijil dan beg sekolah masing-masing. Di samping itu lebih dari 1000 orang ibu bapa hadir sama menemani anak masing-masing. Majlis amat meriah sekali. Dalam ucapan perasmian saya menyentuh tentang pentingnya pendidikan bagi menjamin masa depan anak bangsa dan negara Malaysia tercinta. Saya juga menyatakan tentang dasar kerajaan Malaysia yang begitu jelas dalam membina modal insan negara. Tahniah dan syabas! Saya ucapkan kepada Kemas Daerah Yan khususnya Pn. Hjh Zainab Awang , Penyelaras Pra Sekolah Kemas Yan yang saban tahun berjaya menganjurkan Mini Konvekesyen Tabika Kemas. Terima kasih juga atas kesudian menjemput saya.

No comments: