Pages

Monday, November 7, 2011

Pada 31 hingga 2 November, berada di Sabah untuk mesyuarat JK Audit, Lembaga Pertubuhan Peladang dan lawatan ke beberapa projek perasmian Pertubuhan Peladang Kawasan(PPK) Tawau dan Semporna. Oleh kerana Pengerusi JK Audit LPP (yang juga Yang Dipertua NAFAS), Tan Sri Rashid tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang tak dapat di elakan, saya telah diminta untuk mempengerusikan mesyuarat berkenaan yang di adakan di Pejabat PPK Semporna. Ada beberapa pemerhatian saya yang menarik dalam lawatan berkenaan. Pertamanya lawatan di ladang kelapa sawit, (200 ekar), kolam ikan (60 ekor) dan ternakan kambing yang diusahakan oleh Peladang Jaya 2009, Tuan Haji Shamsudin. Saya amat kagum dengan kegigihan dan ciri-ciri keusahawanan yang ditunjukkan oleh Hj Shamsudin ini. Kejayaan Hj Shamsudin membuktikan dengan jelas bahawa usahawan Bumiputera mampu berjaya seperti orang lain juga, jika segala ciri-ciri positif dalam menjalankan apa-apa juga bidang di praktikan dengan baik dan penuh komitmen. Keduanya ialah projek Rumpai Laut yang diusahakan oleh PPK Semporna yang amat berjaya. Kawasan Laut Semporna adalah pengeluar terbesar rumpai laut negara kerana kesesuaian air lautnya. Kami juga sempat melawat Ladang Lembu Tenusu yang diusahakan oleh seorang bumiputera Sabah yang dianggap berjaya.

No comments: