Pages

Saturday, April 30, 2011

MAJLIS RAMAH MESRA 1 MALAYSIA, PEMIMPIN BERSAMA ANAK KEDAH, UUM

Majlis Ramah Mesra 1 Malaysia antara pelajar-pelajar Kedah di Universiti Utara Malaysia dan pemimpin-pemimpin BN negeri Kedah telah diadakan di kampus UUM, Sintok pada sebelah malam 25 April. Majlis ini telah diadakan di Kampus UUM, Sintok pada sebelah malam, 25 April. Majlis ini telah dihadiri oleh lebih 1000 orang pelajar. Tetamu kehormat pada majlis berkenaan ialah YB Dato' Paduka Ahmad Bashah B Hanipah, Pengerusi BN Kedah.

MESYUARAT MAJLIS TINDAKAN PERSEKUTUAN NEGERI (MTPNg)

Pada 24 April, saya menghadiri Mesyuarat MTPNg di Pejabat MADA, Ampang Jajar. Mesyuarat ini telah di pengerusikan oleh YB Dato' Wira Mohd Johari Baharum, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.
MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN KEPADA SEKOLAH-SEKOLAH CINA, DUN GUAR CHEMPEDAK OLEH YB DATO' SERI (JENERAL) JAMIL KHIR BAHARUM, MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

Pada sebelah malam 23 April, satu Majlis Penyampaian Bantuan kepada sekolah-sekolah cina DUN Guar Chempedak telah diadakan di Sekolah Cina, Jalan Jenun, DUN Guar Chempedak. Bantuan-bantuan telah di sampaikan oleh YB Dato' Seri Jeneral Jamil Khir Baharum, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.


HARI PERHIMPUNAN PETANI, PENTERNAK DAN NELAYAN 2011 BERSAMA PERDANA MENTERI

Sebagai Ahli Lembaga Pengarah, Lembaga Pertubuhan Peladang, saya mendapat jemputan untuk menghadiri program di atas pada 23 April bertempat MAEPS, Serdang (Tapak MAHA). Dalam majlis ini, YAB Perdana Menteri juga telah melancarkan KOR Tani, di mana ahli-ahlinya terdiri daripada agensi-agensi di bawah Kementerian Dan Industri Asas Tani.

PROGRAM LARIAN KECERGASAN ANJURAN BERSAMA PUSAT KHIDMAT ADUN GUAR CHEMPEDAK DAN PEJABAT BELIA DAERAH YAN

Pada 21 April, saya dijemput untuk merasmikan Program Larian Kecergasan Dan Senam Cergas Komuniti peringkat Daerah Yan di perkarangan Pusat Khidmat ADUN Guar Chempedak. Aturcara program ini termasuk senamrobik dan larian sejauh 4 km oleh lebih kurang 300 orang peserta. Mereka terdiri daripada murid-murid Sekolah Menengah Yan, Sekolah Kebangsaan Langkasuka dan Maktab Mahmud, pelatih-pelatih GiatMara Yan, Kolej Komuniti dan juga kakitangan agensi-agensi kerajaan AADK dan Pejabat Belia Daerah Yan. Dalam ucapan perasmian, antara lain, saya menyentuh tentang betapa pentingnya kita mengamal gaya hidup sihat. Ia merangkumi pemakanan dan 'exercise'. Badan yang sihat dan cergas akan menghasilkan otak yang cerdas.


Majlis Konvokesyen Pertama Asia e-University

Pada 17 April, saya berkesempatan untuk menghadiri Majlis Konvokesyen Pertama Asia e-University di PWTC. Sebenarnya, saya menghadiri majlis ini bagi meraikan YB Tan Seri Syed Hamid Albar, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam dan Darat (SPAD) serta bekas Menteri Dalam Negeri dan Menteri Luar yang di anugerahkan Ijazah Doktor Kehormat bidang pengurusan oleh universiti berkenaan. Anugerah berkenaan diberikan atas jasa dan idea sewaktu menjadi Menteri Luar Negeri dalam mencetuskan penubuhan universiti berkenaan di Malaysia. Penubuhan Asia e-University adalah salah satu daripada projek ASEAN dimana Malaysia telah diberikan kepercayaan dan penghormatan untuk menubuhkannya di Malaysia. Pemilihan YB Tan Seri Syed Hamid Albar sebagai penerima sulung Ijazah Doktor Kehormat dalam bidang pengurusan adalah amat tepat sekali memandangkan sumbangan beliau yang tak ternilai kepada negara dalam kerjaya beliau di sektor perbankan dan sebagai Menteri Kabinet Malaysia selama hampir dua dekad. Mula dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (undang-undang) pada tahun 1990, kemudiannya sebagai Menteri Pertahanan pada tahun 1995, Menteri Luar Negeri dari 1999 hingga 2008 dan akhirnya sebagai Menteri Dalam Negeri pada tahun 2008-2009.

Tuesday, April 26, 2011

Wednesday, April 20, 2011

LAWATAN KE PUSAT JPA3, DAERAH YAN

Pada 16 April, saya membuat lawatan ke JPA3 (Jabatan Pertahanan Awam), Guar Chempedak. Lawatan ini dibuat secara tidak rancang. Ia sebahagian dari aktiviti sebagai wakil rakyat mendampingi rakyat. Saya diberi peluang untuk menyampaikan ucapan kepada anggota JPA3.


PERASMIAN KURSUS KETUA PATROL DAN SEKAWAN, PENGAKAP DAERAH YAN

Sebagai Naib Pengerusi Pengakap Daerah Yan, saya dijemput untuk merasmikan Kursus Ketua Patrol dan Sekawan pada 15 April, jam 10.30 pagi. Sebelum itu, pada jam 9 pagi, saya sempat hadir dan memberi ucapan pada persidangan UMNO cawangan Sungai Yan. Perasmian kursus ini adalah kali ke-3 berturut-turut saya lakukan sejak tahun 2009. Dalam ucapan perasmian, saya menyatakan bahawa menyertai aktiviti berpakaian seragam seperti Pengakap memberi banyak manfaat - melatih diri menjadi seorang yang berdisiplin dan membina jatidiri. Ciri-ciri ini amat penting dalam mengharungi cabaran-cabaran di masa hadapan.





MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN MISKIN TEGAR ANJURAN FAMA

Saya dijemput oleh pihak FAMA negeri Kedah untuk menyampaikan bantuan kepada 19 orang golongan miskin tegar bagi Parlimen Jerai pada 12 April di Kompleks FAMA Guar Chempedak. Hadir sama ialah Pengarah FAMA negeri Kedah, Tn Hj Wan Abdullah. 13 orang diberikan bantuan motorsikal roda tiga, manakala 6 orang lagi mendapat bantuan peralatan pertanian.



MAKAN MALAM BERSAMA WARTAWAN-WARTAWAN AKHBAR SINAR HARIAN WILAYAH UTARA

Pada jam 8 malam, 10 April, saya telah menganjurkan majlis makan malam bersama wartawan-wartawan Sinar Harian wilayah utara di Kem Kenari. Jamuan makan malam ini adalah sempena lawatan mereka ke Daerah Yan.


Tuesday, April 19, 2011

MESYUARAT LEMBAGA PENGARAH , LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG (LPP)

Mesyuarat JK Audit LPP telah diadakan pada 10 April, jam 3 petang. Manakala mesyuarat Lembaga Pengarah pula diadakan pada keesokan harinya iaitu pada 11 April, jam 8.30 pagi. Mesyuarat kali ini diadakan di negeri Kedah. Pada sebelah malam, 10 April, telah diadakan jamuan makan malam antara Ahli-Ahli Lembaga Pengarah bersama pemimpin-pemimpin peladang dari seluruh negeri Kedah. Pada sebelah petang, 11 April pula diadakan lawatan ke kilang baja urea NAFAS di Gurun.



PERSIDANGAN UMNO CAWANGAN KAMPUNG RAGA

Persidangan UMNO cawangan Kampung Raga telah diadakan pada 8 April, jam 3.30 petang. Seramai lebih kurang 80 orang ahli telah hadir pada persidangan kali ini. Kesempatan ini juga diambil untuk sumbangan kepada veteran UMNO berumur 70 tahun ke atas sebagai tanda penghargaan terhadap jasabakti dan sumbangan mereka kepada parti UMNO. Pada musim persidangan cawangan-cawangan UMNO tahun ini, saya mengambil untuk menghadiri sebanyak mungkin persidangan-persidangan ini. Antara persidangan cawangan yang saya sempat hadiri ialah Kampung Pasir, Padang Lumat, Taman Yan, Kampung Jawa, Singkir Darat, Singkir Badong, Kepala 30, Batu 20, Tunas Baru, Sungai Yan dan Kuala Sedaka.



PILIHANRAYA SARAWAK KE-10

Antara 5 hingga 7 April, saya ke Sarawak untuk memberi sokongan moral kepada calon-calon BN, terutamanya pada hari penamaan calon pada 6 April. Kunjugan ini adalah atas anjuran Kelab BN/BBC ADUN. Pada hari penamaan calon, 6 April, saya bersama rakan-rakan ADUN BN dari semenanjung berada di DUN Pantai Damai untuk memberi sokongan moral kepada calon BN Dr. Abdul Rahman Junaidi. Kami sama-sama berjalan mengiringi beliau ke Pusat Penamaan Calon. Selepas itu, kami bergerak ke DUN Asajaya untuk memberi sokongan moral kepada calon BN, Tn Hj Karim Rahman Hamzah.