Pages

Saturday, April 30, 2011

Majlis Konvokesyen Pertama Asia e-University

Pada 17 April, saya berkesempatan untuk menghadiri Majlis Konvokesyen Pertama Asia e-University di PWTC. Sebenarnya, saya menghadiri majlis ini bagi meraikan YB Tan Seri Syed Hamid Albar, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam dan Darat (SPAD) serta bekas Menteri Dalam Negeri dan Menteri Luar yang di anugerahkan Ijazah Doktor Kehormat bidang pengurusan oleh universiti berkenaan. Anugerah berkenaan diberikan atas jasa dan idea sewaktu menjadi Menteri Luar Negeri dalam mencetuskan penubuhan universiti berkenaan di Malaysia. Penubuhan Asia e-University adalah salah satu daripada projek ASEAN dimana Malaysia telah diberikan kepercayaan dan penghormatan untuk menubuhkannya di Malaysia. Pemilihan YB Tan Seri Syed Hamid Albar sebagai penerima sulung Ijazah Doktor Kehormat dalam bidang pengurusan adalah amat tepat sekali memandangkan sumbangan beliau yang tak ternilai kepada negara dalam kerjaya beliau di sektor perbankan dan sebagai Menteri Kabinet Malaysia selama hampir dua dekad. Mula dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (undang-undang) pada tahun 1990, kemudiannya sebagai Menteri Pertahanan pada tahun 1995, Menteri Luar Negeri dari 1999 hingga 2008 dan akhirnya sebagai Menteri Dalam Negeri pada tahun 2008-2009.

No comments: