Pages

Tuesday, August 23, 2011


MENYAMPAIKAN UCAPAN DAN BANTUAN PENERIMA-PENERIMA JKM, BERKUNJUNG KE BAZAR RAMADHAN DAN BERBUKA PUASA & BERSOLAT DI SURAU KAWASAN DUN GUAR CHEMPEDAK

Pada 22 Ogos, atas jemputan JKM, saya memberi ucapan dan menyampaikan bantuan kepada penerima-penerima bantuan JKM di PDK Yan. Seramai lebih 300 orang penerima bantuan bulanan JKM dari pelbagai katergori; ibu tunggal, orang tua, kanak-kanak sekolah dan anak-anak istimewa di bawah jagaan PDK Yan hadir untuk menerima bantuan masing-masing. Lebih RM 100,000 telah disumbangkan oleh JKM kepada yang layak bagi setiap bulan. Jadi, dalam tempoh setahun, Kerajaan Persekutuan terpaksa membelanjakan lebih RM 1.2 juta untuk bantuan bagi daerah Yan sahaja. Sesungguhnya, dah lama dah Kerajaan BN mengamalkan konsep kepada rakyat, tidak seperti pihak pembangkang khususnya PAS yang kononnya mahu mewujudkan negara berkebajikan. Bagi saya, ini hanya retorik politik semata-mata bagi mengelak diri dari menyebut matlamat penubuhan negara islam kerana takut kepada DAP.

Dalam ucapan, saya menekankan betapa rakyat Malaysia bertuah kerana hidup dalam sebuah negara yang aman damai dan makmur. Rakyat negara lain seperti Somalia umpamanya hidup dalam keadaan yang memeritkan sehingga ramai yang mati kebuluran.

Pada sebelah petang, saya berkunjung ke Bazar Ramadhan Singkir Laut untuk bertemu, beramah mesra dan membeli juadah. Berbuka puasa dan solat maghrib di Surau Kampung Raga dan selepas itu, bersolat isha' dan terawih di Surau Taman Setia Jaya.


No comments: