Pages

Wednesday, December 23, 2009

Bengkel Ko-Kaunselor Kepimpinan Muda 2009

Program ini berlangsung pada 10 - 11 /12/2009 iaitu pada hari Khamis dan Jumaat bertempat di Kampung Acheh Management Centre (KAMC), Yan Besar. Bengkel ini dianjurkan oleh Yayasan Nurul Yaqeen dengan kerjasama Pusat Khidmat ADUN Guar Chempedak. Objektif diadakan bengkel ini ialah:

* Memberi pendedahan kepada peserta asas-asas yang sebenar supaya dapat membantu menangani isu-isu kauseling setempat dengan menggunakan kemahiran kaunseling.
* Melahirkan sebuah keluarga yang dapat menggerakkan suasana yang kondusif di dalam keluarga serta jiran tetangga.
* Merancang strategi melalui program-program yang benar-benar meninggalkan kesan dan berfaedah
* Mewujudkan interaksi dan sebagai penggerak kepada mewujudkan kelompok masyarakat yang seimbang dari aspek jasmani, emosi,rohani, spiritual dan intelektual.

Bengkel ini telah dihadiri oleh 50 orang peserta yang terdiri daripada kalangan belia daerah Yan iaitu para pemimpin wanita, puteri dan pemuda UMNO, wakil-wakil belia dan wakil Persatuan Alumni Yan. Bengkel ini telah dikendalikan oleh penceramah terkenal iaitu Tuan Mohamed Maliki Bin Mohamed Rapiee yang bertugas sebagai Penolong Pendaftar Kanan,Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia. Majlis penutupan rasmi telah dilaksakan oleh saya. Saya telah memberikan sokongan yang padu sepanjang program ini berlangsung.



No comments: