Pages

Wednesday, December 23, 2009

Majlis Ramah Mesra Bersama Anak-Anak Yan

8/12/209 - Majlis ini dijalankan kepada semua anak-anak Yan yang masih belajar atau telah menamatkan pengajian di universiti. Majlis ini diadakan bertempat di Dewan Rumah Budi Yan pada jam 3 petang. Saya telah dijemput untuk beramah mesra dengan semua anak-anak Yan. Tujuan sesi ramah mesra ini diadakan antaranya ialah untuk berkenalan antara wakil rakyat iaitu saya sendiri dengan siswa siswi yang sedang bercuti atau yang telah selesai pengajian. Selain itu, sesi ini juga merupakan satu medan untuk bertukar-tukar pandangan dan cadangan antara saya dan pelajar. Majlis ini juga merupakan majlis yang julung-julung kali diadakan di Daerah Yan. Seramai 50 orang siswa siswi Yan telah menghadirkan diri. Saya telah memberi ucapan dan respon terhadap segala permasalahan pelajar. Semasa menyampaikan ucapan, saya telah mencadangkan penubuhan Persatuan Alumni Siswa Siswi Daerah Yan. Ianya sebagai penggerak kepada semangat berpasukan dan aktif menjalankan aktiviti semasa cuti semester serta berusaha memajukan daerah sendiri. Semoga usaha yang saya lakukan ini berterusan dari semasa ke semasa.



No comments: