Pada 4 Julai, 9 pagi, saya menghadiri Program Pesta Durian dan Manggis anjuran Jabatan Pertanian Yan dan MARDI di Pekan Yan. Tn Pegawai Daerah, En Zahari juga hadir sama. Kemudian ke perpustakaan Kampung Pauh untuk Perasmian Penutupan Program Semarak Perpusatakaan Zon 13. Ucapan saya menyentuh tentang pentingnya maklumat dan ilmu serta perlunya dipertingkatkan budaya membaca di kalangan kanak-kanak serta orang dewasa.
Sebelah petang, mempengerusikan Mesyuarat JK Program Semarak 1 Malaysia di Taman Yan. Sebelah malamnya, menghadiri Program Penutup Gendang Silat anjuran Rukun Tetangga Kampung Perigi.








No comments:
Post a Comment