Monday, April 5, 2010

Program Harian

25/3/2010 -Program Rapat 1 Malaysia
Pada 25 Mac 2010, 9 pagi, saya menghadiri program Rapat 1 Malaysia anjuran JASA di UITM Merbok. Program ini telah dirasmikan oleh YB. Dato' Seri Shafie Apdal, Menteri Kemajuan Wilayah dan Luar Bandar merangkap Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah.




Perasmian Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Langkasuka, Yan

Saya dijemput oleh pihak sekolah dan PIBG Kebangsaan Langkasuka untuk merasmikan mesyuarat agung mereka pada jam 2.30 petang. Sekolah ini adalah tempat bermulanya alam persekolahan saya pada tahun 1959. Saya belajar di sekolah ini selama empat tahun, iaitu dari darjah 1 hingga darjah 3 dan kemudiannya darjah 6. Bagi darjah 4 dan separuh darjah 5, saya belajar di Sekolah Kebangsaan Sg. Limau. Saya juga pernah belajar selama 6 bulan semasa darjah 5 di Sekolah Kebangsaan Laki-Laki(sekarang namanya Sekolah Kebangsaan Haji Nyak Gam). Sewaktu saya belajar di Sekolah Langkasuka, guru besarnya ialah Allahyarham Mr. Omar.

Dalam ucapan saya, antara lain saya menyentuh tentang peranan PIBG sebagai jambatan antara ibu bapa dan pihak sekolah, mengucapkan tahniah kepada pihak pengurusan sekolah atas kejayaan 11 orang pelajarnya memperolehi 5A, disiplin anak-anak dan perlunya ibu bapa memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pendidikan anak-anak. Pendidikan adalah 'senjata' paling berkesan bagi mengubah nasib bangsa. Saya juga menyentuh tentang perlunya dipecahkan benteng-benteng fahaman politik yang boleh memecahbelah dan menggagalkan usaha untuk memajukan pendidikan anak bangsa. Saya juga mengumumkan program tuisyen untuk murid-murid darjah 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR tahun ini.







Ceramah Isu-Isu Semasa Politik Oleh Sdr. Ezam Mohd. Nor

Saya telah menjemput Saudara Ezam Mohd Nor,bekas Setiausaha Politik Dato' Seri Anwar Ibrahim (semasa beliau menjadi Timbalan Perdanan Menteri dulu) untuk memberi ceramah anjuran pejabat ADUN Guar Chempedak bersama Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Jerai yang dipimpin oleh Saudara Bassori bin Abu Hassan, UMNO cawangan Sg. Yan yang diketuai oleh Cikgu Shukor. Saudara Ezam adalah rakan lama saya semasa saya menjadi Setiausaha Politik kepada YB Dato' Seri Syed Hamid Albar (Sekarang Tan Sri) dari tahun 1997 - 2001. Kami berdua sama-sama mengangkat sumpah jawatan dengan YAB Perdana Menteri Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad (sekarang Tun).



1 comment:

Mamat said...

Tahniah kepada Pejabat ADUN Guar Chempedak kerana telah menganjurkan ceramah politik yang disampaikan oleh Sdr. Ezam M.Nor.Aktiviti sebegini akan merancakkan lagi sesi penjelasan isu semasa yang dimanipulasi oleh pembangkang terutamanya PAS yang begitu banyak ceramah dalam Parlimen Jerai. Kita tidak seharusnya berharap pada UMNO Jerai sahaja untuk mengatur ceramah Politik.Sesiapa sahaja boleh mengatur ceramah asalkan untuk kebaikan UMNO dan BN.