Pages

Tuesday, July 13, 2010

26 Jun 2010 - Saya telah terlibat secara aktif dengan pertubuhan Alumni Kelab-Kelab UMNO luar negara sejak penubuhannya pada tahun 1999. Saya telah memegang jawatan AJK semenjak permulaannya (kecuali semasa berkhidmat di Taiwan sebagai De'facto Ambassador) sehinggalah pada 26 Jun yang lalu. Pengerusi pertubuhan ini ialah YB. Dato' Seri Mohd Noh Omar, Menteri Pertanian dan Asas Tani sejak penubuhanya sehinggalah Mesyuarat Agung pada 26 Jun yang lalu. Saya begitu berminat dengan pertubuhan ini kerana keahliannya terdiri dari anak-anak melayu yang mencakupi pelbagai bidang kerjaya dan profesyen dan mendapat pendidikan dan pendedahan dari universiti-unversiti dari seluruh pelusuk dunia; dari United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, Kanada, Jepun, Korea Selatan, Indonesia dan negara-negara Timur Tengah. Banyak dapat dipelajari antara satu sama lain dalam pertubuhan seperti ini. Dalam Mesyuarat Agung pada 26 Jun yang lalu, saya telah terpilih sebagai Naib Pengerusi pertubuhan di mana Pengerusinya ialah Dato' Rais Zainudin dan Timbalan Pengerusinya ialah YB. Dato' Ahmad Maslan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia.



No comments: