Pages

Tuesday, March 23, 2010

Program Harian (Perasmian Penutup Kursus Kepimpinan - Rekreasi Luar Tahap 1)

21/3/2010 (Ahad) - Pada hari ini, saya menerima undangan untuk memberi ucapan dan melakukan perasmian penutup kursus Kepimpinan - Rekreasi Luar Tahap 1, peringkat Daerah Yan, anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Yan di Dewan Komuniti bestari Kg. Raga. Seramai 35 orang peserta telah mengikuti kursus selama 3 hari 2 malam. Dalam ucapan saya, antara lain saya menyentuh tentang perlunya belia memiliki jatidiri, disiplin,ilmu dan daya kepimpinan. Saya juga cuba memberikan kesedaran kepada mereka tentang betapa kita rakyat Malaysia, khususnya belia-belia amat bertuah dan harus bersyukur kehadrat Allah SWT kerana negara kita dalam keadaan aman damai, tenteram dan makmur. Saya juga telah menerangkan kepada mereka tentang gagasan 1 Malaysia yang disarankan oleh YAB Perdana Menteri. Ciri utamanya ialah sebagai rakyat Malaysia, kita harus memberikan taat setia tidak berbelah bagi kepada negara ini dan rakyat tanpa mengira kaum, warna kulit, agama dan budaya harus bersatu padu demi kemajuan negara dan kesejateraan rakyat.

Selepas Isyak, saya menziarahi dua kematian iaitu anak Hj. Abdullah di Permatang Chengai dan Tok Awang di Kg. Raga.



No comments: