Perlawanan bola sepak sentiasa mendapat sambutan yang hebat dari segenap golongan masyarakat. Bola sepak adalah jenis sukan yang paling popular di seluruh dunia. Perlawanan bola sepak terbuka Parlimen Jerai Piala YB. Dato' Seri Senator Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, anjuran Pergerakkan Pemuda UMNO bahagian Jerai telah berlangsung selama lebih dua bulan. Keseluruhannya sambutan amat memberansangkan sekali. Pada hari ini, 20 Mac, Jam 5 petang adalah hari penentu juara pertandingan tersebut. Pasukan Purnama Gemilang dari Guar Chempedak bertemu oasukan Kilang Ketapan dalam perlawanan akhir yang disaksikan oleh YB. Dato' Seri Menteri bersama lebih 2000 orang peminat-peminat bola sepak. Pasukan Kilang Ketapan dari DUN Gurun telah berjaya menumpaskan pasukan Purnama Gemilang dari DUN Guar Chempedak melalui sepakan penalti. Hadiah-hadiah disampaikan oleh YB. Menteri.




1 comment:
Salam,
Memang hebat perlawanan akhir tersebut dan sungguh meriah. Tahniah kedua-dua pasukan yang berjaya keakhir setelah 2 bulan berjuang.
Pemilihan pemain untuk mewakili DUN Guar Chempedak akan diadakan pada satu tarikh yang bakal ditetapkan kemudian. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai pemilihan tersebut mesti berumur diantara 18 tahun hingga 25 tahun. Alamat dikad pengenalan baru (KPT) mesti terletak didalam DUN Guar Chempedak.
Sila hubungi Saudara Habib Karim di talian 0194778232 untuk menyertai pemilihan tersebut.
Post a Comment