





Berhubung dengan surau, atas permintaan pihak sekolah dan PIBG, saya telah berusaha untuk memberi bantuan pada mulanya (tahun 2008 sejumlah RM 10,000 dan kemudian memohon dari Kerajaan Persekutuan melalui projek PIA/PIAS. Alhamdulillah berkat doa semua dan usaha gigih serta rezeki murid-murid sekolah, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukkan sebanyak RM 120,000 bagi menyiapkan surau berkenaan.
Sebelah tengah hari, saya menghadiri kenduri kahwin anak dua pupu saya, Ku Mastura Ku Abdullah yang bertemu jodoh dengan anak Hj. Azizan Abdullah dari Gurun Jaya. Pada sebelah malamnya, saya bersolat Isyak di Masjid Nurul Iman, Titi Teras. Jawatankuasa masjid ini telah menganjurkan Ceramah Perdana Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Dato' As.Sheikh Hj. Badaruddin Hj. Ahmad, Mufti Negeri Kedah. Antara intisari ceramah, beliau mengatakan bahawa kita 'kalut' dengan pelbagai urusan harian, jangan pula kita lupa untuk memberi ruang kepada agama dan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.






No comments:
Post a Comment