





Selepas itu, saya menziarahi jenazah/solat jenazah ayah kepada Cik Anisah (Penolong Setiausaha Puteri UMNO Jerai) di Masjid Sg. Daun Tengah. Saya juga sempat meyertai gotong-royong yang dianjurkan oleh JKKKP Sg. Yan.


Jumaat kali ini, saya bersolat di masjid Jamek Badlishah Yan. Kemudiannya ke rumah Ismail (tukang perahu) rakan saya semasa di bangku sekolah rendah untuk tahlil dan kenduri arwah untuk ayahnya yang baru meninggal dunia. Selepas asar saya dijemput untuk majlis akad nikah adik kepada Ustaz Jamil (Pejabat Agama) di Masjid Jamek Yan. Saya juga ke rumah emaknya untuk jamuan makan.
Seterusnya saya ke rumah En. Arshad di Kampung Pauh, rumah En. Halim di Kampung Raga, rumah En. Harris Hassan di Taman Yan dan rumah Hj. Othman di Titi Teras. Keempat-empat mereka mengadakan kenduri kahwin pada keesokan harinya (13 Mac).
No comments:
Post a Comment