Pages

Sunday, March 7, 2010

Program Harian

6/3/2010 - Sebelah pagi saya menziarahi kematian Hj. Wahab (ayah kepada Ketua Wanita Cawangan Gurun) dan En. Hj. Said , ayah Ismail tukang perahu di seberang Pekan Yan. Selepas itu, (11.00 pagi) saya ke Surau Kampung Sungai Udang untuk menghadiri majlis Maulidur Rasul dan menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan azan dan hafazan ayat-ayat Al-Quran.





Dari Sungai Udang, saya terus ke Kampung Teroi Bukit untuk kenduri dan penutupan program siswa bersama masyarakat. Program seperti ini amat baik sekali dalam memasyarakatkan mahasiswa mahasiswi agar mereka lebih memahami kehidupan, susah senang masyarakat desa.





Pada sebelah petang, saya menziarahi kematian Hj. Saad di Kampung Ruat dan menziarahi Pak Ali yang kurang sihat. Selepas itu, terus ke padang Pantai Murni untuk menyaksikan perlawanan bola sepak anjuran pergerakkan Pemuda UMNO bahagian Jerai antara pasukan Padang Lumat dan Batu 5 Jalan Jeniang.

Pada sebelah malamnya pula, saya berpeluang untuk solat isyak berjemaah dan menghadiri majlis Maulidur Rasul dan ceramah di Masjid Kuala Dulang Kechil. Saya juga menyampaikan bantuan bencana alam kepada penerima-penerima bagi pihak Majlis Keselamtan Negara.



No comments: