Pages

Wednesday, March 17, 2010

Program Harian

15/03/2010 (Isnin) - Jam 9.30 pagi, saya berada di Lapangan Terbang Alor Setar untuk keberangkatan KDYMM Tuanku Sultan Kedah ke Kuala Lumpur. Dari Alor Setar, saya ke Pusat Khidmat Adun di Yan untuk bertemu seorang rakan Cina saya, Ah Hock yang meminta pertolongan untuk anaknya yang memperolehi keputusan yang sungguh cemerlang dalam peperiksaan SPM yang baru sahaja di umumkan. Anak perempuannya memperolehi 'A' dalam semua 12 matapelajaran yang diambil termasuk 5A+

Jam 2.00 petang saya ke Gurun Jaya untuk menghadiri kenduri kahwin anak perempuan Tn. Hj. Azizan Bin Abdullah dan Pn. Rokiah dengan anak lelaki kepada adik beradik saya di Yan. Hj. Azizan atau panggilan 'Bang Zan' adalah Ketua UMNO/Pengerusi JKKKP Gurun Jaya, AJK UMNO Jerai dan bekas kerani besar Pejabat Daerah Yan. Beliau adalah seorang pemimpin UMNO akar umbi yang telah begitu lama berkecimpung dalam politik serta banyak menabur jasa kepada UMNO dan masyarakat. Sungguhpun umurnya sudah menjangkau lebih 70 tahun, namun semangatnya untuk terus berjuang tidak pernah luntur. Generasi terdahulu seperti Hj. Azizan terlibat dan berjuang dalam UMNO dengan matlamat yang jelas demi agama, bangsa dan negara tanpa mengharapkan imbuhan untuk diri sendiri.



Selepas kenduri saya ke Giatmara Yan untuk mesyuarat JK pengajur Majlis Ceramah Ezam Mohd Noor yang akan diadakan pada 25 Mac nanti. Mereka yang terlibat termasuk pergerakan Pemuda UMNO bahagian Jerai, AJK UMNO Cawangan Sungai Yan dan beberapa orang ketua-ketua Cawangan UMNO yang lain.



Selepas jam 6.00 petang, saya ke Kampung Rendang Pasir,Yan untuk melawat 'ladang nenas' yang diusahakan oleh HJ. Shamsudin, Pengerusi JKKKP kampung berkenaan. Saya amat mengagumi sikap,semangat dan kesungguhan Hj. Shamsudin(panggilan bang Sudin) dalam memajukan taraf ekonomi diri dan keluarga. Sungguhpun sudah berjaya dalam bisnes pembelian getah skrap (salah seorang melayu yang berjaya dalam bisnes ini) dengan umurnya yang melebihi 70 tahun, tetapi masih mempunyai semangat yang kental untuk mengambil peluang bisnes yang dilihatnya berpotensi untuk dimajukan. Ladang nenas jenis 'moris' ini luasnya 2 1/2 relong dan ditanam dengan 35,000 pokok nenas. Ini adalah pusingan kedua projek ini diusahakan. Menurutnya pulangan penanaman nenas ini amat memuaskan kerana pasaran yang luas, harga jualan yang baik dan margin keuntungan yang tinggi. Sebenarnyaini adalah peluang baik bagi penduduk kampung untuk mengubah nasib mereka khususnya dalam bidang pertanian.

No comments: