Pages

Tuesday, August 3, 2010

22 Julai 2010 - Seorang Pensyarah dari Institut Perguruan Kampus Sultan Abdul Halim, Sg Petani telah menemui saya untuk berbincang mengenai Program Sekolah Angkat. Salah sebuah sekolah rendah di kawasan DUN Guar Chempedak telah dipilih untuk dijadikan sekolah angkat bagi IPSH kampus Sg. Petani ini. Ia bertujuan untuk mempertingkatkan prestasi sekolah berkenaan yang memperolehi keputusan UPSR dibawah 40 % selama lebih dari 3 tahun berturut-turut. Sekolah ini juga menduduki tempat 6627 daripada jumlah7617 buah sekolah rendah di seluruh negara. Pihak IPSH telah memohon untuk mendapatkan sokongan dan bantuan dari pihak saya bagi menjayakan program ini. Saya bersetuju.

1 comment:

Mimaju said...

PEHTING NYA PENDIDIKAN, PEMBELAJARAN ILMU DAN KEMAHIRAN
Saya menyokong penuh Usaha YB Dato untuk terus memberi kemudahan dan peluang kepada rakyat di kawasan ini, kerana dengan cara ini sajalah para kanak-kanak, remaja, belia malah orang dewasa akan hidup dalam keadaan yang harmoni, dek kerana minda yang di masukkan dengan pengetahuan yang betul menuju kejalan yang lurus sajalah yang dapat menyelamatkan manusia seluruh nya daripada menjadi huru hara di dunia dan hidup terombang ambing tidak mengikut tabie yang di kehendaki ugama kita, semoga ikhtiar Dato untuk menyelamatkan masyarakat di sini mendapat keredhaan Allah s.w.t