28 Julai 2010 - Pada hari ini jam 3 petang saya telah dijemput untuk merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Tunggal Parlimen Jerai (SURIWAJA). Dalam ucapan, saya menyentuh tentang perubahan yang begitu pantas dan memerlukan kita berubah mengikut peredaran zaman. Perubahan yang berlaku di dunia khususnya dalam bidang sains & teknologi, dan ICT yang berlaku begitu pantas terutamanya dalam tahun 80-an sehingga kini. Abad ke-20 ini sedang menyaksikan perubahan yang pesat dalam bidang sains & teknologi. Manakala dalam abad ke-21 ini pula kita akan menyaksikan perubahan yang lebih pesat lagi terutamanya dalam bidang teknologi informasi dan komunikasi (ICT). Semua perubahan ini sudah tentu mempengaruhi kehidupan kita dan memberi impak yang besar terhadap diri kita, keluarga dan persekitaran kita.
Saya menyarankan agar SURIWAJA menganjurkan kursus komputer dan perisian yang berkaitan internet dan sebagainya agar ahli-ahlinya celik komputer dan celik internet serta mampu menggunakan kemudahan ini bagi kebaikan mereka. Saya juga menyentuh tentang program jalur lebar (broadband) yang sedang diusahakan oleh kerajaan bagi meningkatkan penembusannya ke tahap 50% (sekarang hanya 37%) pada akhir tahun 2010. Sebagai perbandingan negara-negara lain seperti Jepun, Korea Selatan, Taiwan dan negara-negara maju yang lain kadar penembusannya ialah lebih 80%.
Saya juga mencadangkan agar SURIWAJA menubuhkan koperasi supaya mereka dapat bergerak sebagai kumpulan yang lebih besar dan boleh mendapatkan bantuan pinjaman yang tertentu dari pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
2 comments:
Saya menyokong usaha YB Dato yang begitu gigih membantu semua golongan, semoga dengan ada nya pengetahuan alam siber ,mereka yang terlibat boleh bergerak dengan lebih aktif lagi, tetapi untuk tujuan mencari rezki yang halal, seperti memasarkan produk mereka dan menghubungi rakan rakan perniagaan. Tq Dato yang kami sayangi
bagus juga idea tu, bawa keluarlah peruntukan DUN guar chempedak rm300,000.00 buat beli komputer untuk persatuan ibu tunggal tu, centre kena buat depan masjid sg yan, baru balance.
Post a Comment