Pages

Saturday, June 11, 2011

MENZIARAHI KEMATIAN, PERASMIAN PROGRAM JALINAN KASIH DAN BERTEMU RAKYAT

Pada 9 Jun 2011, sebelah pagi, saya menziarah kematian (Hj Mansor) Singkir Darat. Selepas itu, ke Chalet Putri Ayu, Yan untuk menghadiri Program Jalinan Kasih anjuran Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Mustika Daerah Yan. Saya juga memberi ucapan perasmian penutupan bagi program berkenaan. Seramai lebih kurang 100 orang ibu bapa serta anak-anak mereka hadir dalam program ini. Hadir sama ialah Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Yan (En Roslan) serta kakitangannya dan AJK PDK.

Sebelah petangnya, saya berada di Pusat Khidmat ADUN untuk bertemu penduduk. Selepas itu, menziarahi jenazah Pak Ku Sulaiman, di Kampung Permatang Keramat. (Sebelumnya saya sempat ziarah beliau semasa sakit terlantar). Sama-samalah kita mendoakan semoga roh kedua-duanya di rahmati Allah S.W.T.



No comments: